Skip to main content
Advertisement

Dunia

2.8 juta kenderaan Volkswagen, Audi berpotensi dipanggil balik susulan kecacatan stereng

81492938999_Volkswagen.jpg
Model Volkswagen yang terjejas ialah Tiguan, Touran, Golf Variant, Caddy dan Golf yang dikeluarkan antara 24 Sept 2013 hingga 1 Julai 2024. - Gambar fail
Advertisement

BERLIN: Kira-kira 2.8 juta kenderaan Volkswagen dan Audi di seluruh dunia mungkin mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan kegagalan sistem stereng, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Pihak Berkuasa Pengangkutan Motor Persekutuan Jerman (KBA).

Masalah itu melibatkan 2,159,054 kenderaan Volkswagen di seluruh dunia, termasuk 895,832 di Jerman, serta 696,547 kenderaan Audi, termasuk 58,555 di Jerman, menurut KBA.

Portal berita Jerman T-Online pada awalnya melaporkan isu itu pada Jumaat.

KBA memaklumkan masalah itu membabitkan skru yang boleh patah dan berpotensi menyebabkan kegagalan fungsi stereng. Masalah berkenaan boleh diatasi dengan menggantikan skru yang mengikat gear stereng dengan versi yang lebih tahan kakisan.

Menurut KBA, model Volkswagen yang terjejas ialah Tiguan, Touran, Golf Variant, Caddy dan Golf yang dikeluarkan antara 24 Sept 2013 hingga 1 Julai 2024.

Masalah sama turut menjejaskan Audi Q3 yang dikeluarkan antara 31 Okt 2017 hingga 23 Mei 2024.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement