KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa selepas unit negara maju itu terus mengukuh berikutan jangkaan pendirian kadar faedah kekal tinggi bagi tempoh lebih lama di AS.
Ini susulan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell pada Ahad lepas yang mengesahkan pendirian itu sejajar dengan prestasi ekonomi AS yang berdaya tahan dan telah memberi ruang lebih banyak bagi mengekalkan dasar monetari yang ketat.
Kenyataan itu sekali gus melenyapkan jangkaan pengurangan kadar faedah utama AS pada Mac ini, kata peniaga.
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7655/7700 berbanding dolar AS pada 4.7460/7520 yang dicatatkan semalam.
Sementara itu, Pengarah Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit berkemungkinan mendapat sokongan daripada langkah China untuk merangsang pasarannya yang dikaburi oleh satu lagi lonjakan pulangan bon AS dan jangkaan terhadap kadar faedah di AS.
Pasaran kini menjangkakan pengurangan kadar faedah daripada 150 mata asas (bps) kepada hanya 115 selepas pengumuman data pekerjaan AS yang kukuh serta keadaan ekonomi lebih baik di negara maju berkenaan.
"Oleh itu, tidak menghairankan apabila ringgit ditutup rendah," katanya kepada Bernama.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS pada urus niaga hari ini.
"Ringgit ditutup kira-kira 0.31 peratus lebih rendah dalam kebimbangan mengenai potensi kelewatan pengurangan kadar faedah AS selain prospek ekonomi China yang menjadi penyebab utama prestasi ringgit hari ini," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.2050/2082 daripada 3.1957/2000 pada akhir urus niaga semalam; naik berbanding pound Britain kepada 5.9769/9825 daripada 5.9804/9880 dan turun berbanding euro kepada 5.1124/1173 daripada 5.1038/1103.
Ringgit turut ditutup bercampur-campur berbanding mata wang Asean termasuk rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5397/5433 daripada 3.5260/5307 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.3544/3726 daripada 13.2559/2782.
Berbanding rupiah Indonesia, ringgit susut kepada 302.9/303.3 daripada 302.1/302.6 dan rendah berbanding peso Filipina pada 8.48/8.49 daripada 8.43/8.45, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Mohd Afzanizam berkata ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS pada urus niaga hari ini. - Gambar fail/Bernama
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Bayi maut disyaki akibat didera, polis tahan empat individu
Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lalu.
Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat air, pemilik syarikat ditahan
Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat ditahan semalam berkaitan kes rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta.
Sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang lebih RM16 juta kepada asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.