awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS

Bernama
Bernama
16/01/2026
13:16 MYT
Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS
Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.0555/0605 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.0535/0595. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan data ekonomi AS yang kukuh meningkatkan dolar AS.
Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.0555/0605 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.0535/0595.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bahawa ringgit secara amnya berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini bagaimanpun ia memberi ruang kepada beberapa aktiviti pengambilan untung.
Beliau berkata walaupun ringgit mungkin kelihatan mempunyai lebih banyak peluang untuk meningkat, halangan utama sekarang ialah bagaimana pedagang dan pelabur melihat dolar AS pada masa depan.
"Tuntutan data pengangguran awal (terkini) telah menunjukkan bahawa keadaan pasaran buruh di AS kekal kukuh. Oleh itu, Rizab Persekutuan (Fed) AS cenderung untuk mengekalkan kadar faedah penanda aras yang stabil apabila ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bermesyuarat pada akhir bulan ini," katanya kepada Bernama.
Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.5637/5670 daripada 2.5594/5633 ketika ditutup semalam, naik berbanding euro kepada 4.7076/7134 daripada 4.7167/7236 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4332/4399 daripada 5.4467/4548.
Ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1479/1521 daripada 3.1491/1540 tetapi turun berbanding rupiah Indonesian kepada 240.1/240.5 daripada 239.9/240.3, menguncup berbanding peso Filipina kepada 6.83/6.84 daripada 6.81/6.83 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9115/9332 daripada 12.9096/9349.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#nilai tukaran
#mata wang
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan