awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak

Bernama
Bernama
24/12/2024
13:00 MYT
Ringgit ditutup tinggi mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.4845/4900 berbanding dolar AS, meningkat daripada paras penutup 4.4870/4925 pada Isnin. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.4845/4900 berbanding dolar AS, meningkat daripada paras penutup 4.4870/4925 pada Isnin.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi ringgit dipacu sebahagiannya oleh pemulihan harga minyak mentah Brent yang meningkat melepasi paras US$73 setong.
Beliau berkata aliran meningkat dalam pasaran minyak itu adalah disebabkan kebimbangan kemungkinan lebihan bekalan dan penurunan permintaan pada tahun depan.
Selain itu, prestasi pasaran ekuiti tempatan yang kukuh susulan pelarasan portfolio akhir tahun juga membantu meningkatkan permintaan terhadap ringgit, katanya.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan permintaan terhadap ringgit menyusut dalam minggu dagangan yang lengang ini apabila ramai peniaga mula bercuti sempena sambutan perayaan Krismas yang diraikan esok dan Tahun Baharu.
"Kami juga menjangkakan permintaan tinggi terhadap saham di Amerika Syarikat minggu ini susulan penjualan besar-besaran minggu lepas, yang boleh mengehadkan minat terhadap ringgit," katanya kepada Bernama.
Ringgit juga mengukuh berbanding beberapa mata wang utama lain
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8547/8586 daripada paras penutup 2.8636/8673 pada Isnin, naik berbanding pound Britain kepada 5.6209/6278 daripada 5.6384/6453 dan menokok berbanding euro kepada 4.6603/6660 daripada 4.6692/6749.
Bagaimanapun ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2979/3024 daripada 3.3095/3138 sebelumnya dan meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 7.66/7.68 daripada 7.67/7.68, tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 276.9/277.4 daripada 276.9/277.5 dan turun berbanding baht Thai kepada 13.1283/1517 daripada 13.1137/1360.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#minyak mentah Brent
#pelaburan
#mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan