KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini dengan positif untuk ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini disokong oleh kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah sentimen risiko global yang bertambah baik, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2410/2475 berbanding dolar AS daripada 4.2450/2465 pada penutup Khamis.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, jangkaan untuk Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk memastikan pengeluaran stabil di tengah-tengah kegilaan rakyat China melancong membantu meningkatkan harga minyak lebih tinggi.
Ketika ini, penanda aras harga minyak mentah Brent naik 1.26 peratus kepada US$88.57 setong.
Innes berkata walaupun dolar AS mendapat tarikan semasa waktu dagangan Asia, ringgit masih kekal menarik sementara pelabur pula menunggu keputusan Rizab Persekutuan minggu depan.
Pada penutup, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2280/2332 daripada 3.2345/2359 pada penutup Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.2453/2533 daripada 5.2583/2601 sebelumnya.
Ringgit juga tinggi berbanding euro kepada 4.6159/6230 daripada 4.6254/6270 semalam dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2658/2711 daripada 3.2671/2685.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2410/2475 berbanding dolar AS daripada 4.2450/2465 pada penutup Khamis. - Gambar fail/Astro AWANI

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana sistem pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Nilai ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam sesi awal urus niaga
Kebanyakan pakar percaya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menaikkan kadar faedahnya pada hari Rabu.

Ringgit kekal lebih tinggi berbanding dolar AS semasa awal dagangan
Ringgit mengekalkan aliran meningkat berbanding dolar AS semasa awal dagangan hari ini.

Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit kepada 4.4830/4885 berbanding dolar AS daripada 4.4850/4880 pada Jumaat lepas.

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Nilai ringgit terus meningkat dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Nilai ringgit meningkat sedikit pagi ini berbanding dolar AS pada pembukaan dagangan.

Ringgit dibuka rendah, dolar AS mengukuh
Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS di tengah-tengah pergolakan Credit Suisse.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.5180/5220 berbanding dolar AS berbanding paras penutup 4.4820/4860 ketika ditutup semalam.

Ringgit terus cenderung meningkat berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4795/4835 berbanding dolar AS daripada 4.4820/4860 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan mengukuh nilai kepada 4.4850/4950 berbanding dolar AS daripada penutup semalam 4.4925/4965.

Langkah kurangkan defisit, kedudukan fiskal negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahmad Amzad meminta kerajaan menyatakan kekuatan fiskal negara ekoran Ringgit yang semakin melemah dan solusi bagi mengimbangi situasi itu.