awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir enam bulan

Bernama
Bernama
21/04/2025
12:08 MYT
Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir enam bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.3670/3735 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4100/4175 sebelumnya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak ke paras tertingginya dalam tempoh hampir enam bulan berbanding dolar AS pada sesi penutup hari ini mencecah paras 4.36 di tengah-tengah kebimbangan terhadap tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.3670/3735 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4100/4175 sebelumnya.
Sebelum ini pada 28 Okt, 2024, ringgit mencecah paras tertinggi pada 4.3605/3640 berbanding dolar AS.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS di tengah-tengah ketidaktentuan yang memuncak berhubung isu tarif.
"Nampaknya penggubalan dasar AS yang tidak konsisten serta tindakan yang mencetuskan kemarahan sekutunya telah menyebabkan sentimen lemah dalam pasaran aset AS.
"Dalam erti kata lain, keadaan sukar dan tidak menentu sekarang telah menyebabkan ramai yang mula mengurangkan pergantungan terhadap dolar, seperti yang dilihat menerusi penurunan pegangan asing dalam bon Perbendaharaan AS dan hasil Perbendaharaan AS yang rendah," katanya kepada Bernama.
Justeru, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh terdekat ini dengan paras sokongan segera ketika ini berada pada RM4.36, katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1046/1095 daripada 3.0971/1028 pada Jumaat minggu lepas, turun berbanding euro kepada 5.0408/0483 daripada 5.0133/0218 tetapi naik sedikit berbanding pound Britain kepada 5.8513/8601 daripada 5.8516/8616.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3515/3570 daripada 3.3562/3601 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 2259.8/260.3 daripada 261.2/261.8, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.73 daripada 7.77/7.79 tetapi susut berbanding baht Thailand kepada 13.1914/2170 daripada 13.1815/2154.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#isu tarif
#pasaran aset
#paras penutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan