Skip to main content

Politik

[TERKINI] [TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN-PN menang 15 kerusi, bentuk kerajaan negeri - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi berkata, BN secara tidak rasmi memperoleh kemenangan di 15 kerusi, termasuk Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Taboh Naning, Rembia, Lendu, Asahan, Duyong, Merlimau, Sungai Udang dan Machap Jaya. - Gambar fail/Sinar Harian

Advertisement

MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 23 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, BN secara tidak rasmi memperoleh kemenangan di 15 kerusi, termasuk Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Taboh Naning, Rembia, Lendu, Asahan, Duyong, Merlimau, Sungai Udang dan Machap Jaya.

Asyraf berkata, DUN ke-15 yang secara tidak rasmi dimenangi BN ialah Gadek.

Advertisement

Hal ini katanya, secara tidak rasmi BN dan PN berjaya membentuk kerajaan negeri.

Setakat 7.50 malam, Pakatan Harapan (PH) tidak rasmi mendominasi empat kerusi iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Bandar Hilir serta Ayer Keroh.

Must Watch Video

Advertisement