awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal susulan sentimen berhati-hati

Bernama
Bernama
28/08/2025
01:30 MYT
Ringgit mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal susulan sentimen berhati-hati
Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mendatar atau tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat ketika pelabur terus menunggu pemangkin baharu menjelang pengumuman data inflasi negara maju itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mendatar atau tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur terus menunggu pemangkin baharu menjelang pengumuman data inflasi negara maju itu.
Pada 8 pagi, ringgit kekal pada 4.2335/2365 berbanding dolar AS yang menyamai paras semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka bergerak dalam julat 4.22 hingga 4.24 hari ini, didorong oleh kemungkinan berlakunya aktiviti pengambilan untung ketika peniaga bimbang dengan data laporan perbelanjaan penggunaan AS yang diumumkan esok.
"Pengerusi Bank Rizab Persekutuan Richmond Tom Barkin berkongsi jangkaan berlakunya pelarasan kadar faedah yang sederhana dalam mesyuarat akan datang," katanya kepada Bernama.
Selain itu, sesi awal urus niaga juga menyaksikan ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ini termasuk susut berbanding euro kepada 4.9312/9347 daripada 4.9058/9093 pada Rabu, turun berbanding yen Jepun kepada 2.8737/8759 daripada 2.8591/8611 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7169/7210 daripada 5.6890/6930.
Unit tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain, termasuk susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2940/2966 daripada 3.2843/2869 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0631/0784 daripada 13.0330/0474.
Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina dan rupiah Indonesia iaitu masing-masing pada 7.40/7.41 dan 258.6/258.9.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Ringgit mendatar
#data inflasi Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan