KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan trend kenaikan berbanding dolar US pada minggu depan, didagangkan antara paras 4.57 dan 4.58 untuk minggu pertama 2024 berdasarkan unjuran pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) seawal Mac depan, kata seorang penganalisis.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan akan diberikan pada Minit Upah Bukan Ladang (NFP) AS dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan dikeluarkan pada Khamis.
"Ini akan memberikan petunjuk lanjut mengenai potensi pemotongan kadar AS menjelang 2024. Kami percaya ringgit akan cuba memecahkan sokongan serta-mertanya pada paras RM4.5778 apabila naratif penurunan kadar itu semakin jelas.
"Sekiranya itu berlaku, paras sokongan seterusnya akan berada pada RM4.5104," katanya kepada Bernama.
Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata pasaran menjangkakan pemotongan kadar 150 mata asas (bps) pada Mac 2024 berbanding 75 mata asas Rizab Persekutuan AS (Fed) 75 mata pada separuh kedua.
"Ianya merupakan isu terbesar dalam pasaran pertukaran asing sekarang. Perdebatan mereka hanya akan berakhir selepas NFP AS yang pertama dikeluarkan pada awal Januari.
"Cetakan yang kukuh boleh menolak jangkaan pemotongan kadar Fed manakala cetakan lemah hampir pasti akan mengukuhkan pemotongan Mac dan melemahkan dolar US secara mendadak ," katanya.
Innes meramalkan ringgit akan bergerak kepada 4.50 pada separuh pertama 2024 berbanding dolar US. Bagi minggu depan, kenaikan boleh dihadkan kepada 4.58 menjelang keluaran awal tahun NFP AS.
Untuk minggu yang baru berakhir, mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi pada sentimen positif dengan jangkaan penurunan kadar AS tahun depan.
Dari asas Jumaat ke Jumaat, ringgit bertambah kuat daripada dolar US pada 4.5900/5980 berbanding 4.6265/6305 yang direkodkan semasa minggu sebelumnya.
Unit tempatan itu juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2356/2415 daripada 3.2547/2579, bertambah baik berbanding pound British kepada 5.8321/8422 daripada 5.8720/8770 dan menokok berbanding euro kepada 5.0729/0817 daripada 5.0915/0959.
Ringgit juga diniagakan lebih kukuh berbanding beberapa mata wang Asean.
Ia mantap berbanding dolar Singapura kepada 3.4746/4812 daripada 3.4933/4968 seminggu lalu dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 3.3422/3760 daripada 13.3509/3706 sebelum ini.
Ringgit melonjak berbanding rupiah Indonesia pada 298.1/298.6 daripada 298.7/299.1 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.31 daripada 8.35/8.36 yang disaksikan pada minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023
Ringgit dijangka meneruskan trend kenaikan berbanding dolar US pada minggu depan, didagangkan antara paras 4.57 dan 4.58 untuk minggu pertama 2024. -Gambar fail
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.