KUALA LUMPUR:Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini berikutan sentimen positif susulan langkah kerajaan membenarkan perniagaan beroperasi dalam tempoh darurat di seluruh negara yang dijangka hingga 1 Ogos, 2021.
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS daripada 4.0550/0600 semasa ditutup semalam.
Penganalisis berkata mereka yang dalam perkhidmatan, kerja-kerja, industri dan perniagaan perlu yang dibenarkan beroperasi di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berasa lega berikutan proklamasi itu tidak akan menjejaskan operasi perniagaan.
Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata selepas mengalami reaksi awal mengenai perisytiharan darurat untuk mengekang pandemik COVID-19, unit tempatan menjadi positif berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) baru-baru ini mendorong kepada penurunan bon dan kenaikan harga komoditi, terutamanya harga minyak.
"Pada amnya, sekatan pergerakan dilihat akan menghalang kemajuan dan membawa kepada risiko jangka pendek yang boleh mengehadkan pengukuhan ringgit," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0555/0595 daripada 3.0535/0575 pada Selasa dan susut berbanding yen kepada 3.9003/9058 daripada 3.8927/8978.
Berbanding pound, mata wang tempatan merosot kepada 5.5260/5336 daripada 5.5156/5236 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.9357/9422 daripada 4.9313/9378.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Ringgit meningkat berikutan sentimen positif susulan langkah kerajaan membenarkan perniagaan beroperasi dalam tempoh darurat. - Foto fail

COVID-19 | Kisah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Letupan lombong di China: Bekalan makanan, ubatan berjaya disalurkan
Operasi menyelamat 22 pekerja yang terperangkap selepas kejadian letupan sebuah lombong emas di China diteruskan pada Selasa.

PKP 2.0: Awas! Jangan ingat musim hujan tiada sekatan jalan raya - Polis Sabah
Polis tidak berkompromi kepada mana-mana individu yang didapati cuba mengambil kesempatan merentas daerah tanpa kebenaran ketika musim hujan dan banjir di negeri ini.

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Argentina
Gempa bumi berskala 6.8 magnitud serta beberapa gempa susulan melanda barat dan tengah Argentina, pada Isnin.

Top Glove selar TV Kanada atas laporan mengelirukan
Top Glove berkata laporan tersebut dengan sengaja memandang ringan atau tidak memasukkan langkah-langkah pemulihan terkini yang telah diambil.

Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram.

Sindiket curi kenderaan, geng 'Elango Magna' tumpas
Sindiket curi kenderaan yang aktif di sekitar daerah Sentul didalangi Geng Elango Magna akhirnya berjaya ditumpaskan polis.

AWANI Ringkas: Darurat: Pembangkang tidak perlu sertai jawatankuasa | Tingkat hukuman kesalahan LGBT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

PKP 2.0 | Pembelian barang hiasan rumah meningkat 8 kali ganda
Pelaksanaan PKP 2.0 menyaksikan ramai rakyat Malaysia bekerja dari rumah, dan menghabiskan masa di kediaman masing-masing. Jadi, ini mungkin yang dilakukan mereka!

PEJUANG | Guna logo Amanah atau Warisan pilihan terakhir - Mahfuz
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berpendapat, keputusan PEJUANG untuk gunakan logo Amanah atau Warisan merupakan pilihan terakhir yang ada untuk parti itu sekiranya gagal didaftarkan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas pengumuman mengenai PERMAI
Peniaga berkata harga minyak mentah dijangka stabil sejajar dengan kemajuan dalam pelaksanaan vaksin COVID-19.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

FXTM jangka MYR akan uji paras 4.00, OPR dijangka kekal
Tindak balas kesihatan dan ekonomi Malaysia terhadap PKP 2.0 yang sedang berlangsung, bersama prestasi dolar AS, akan menjadi pemacu utama.

Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 9.08 pagi, unit tempatan diniagakan tinggi pada 4.0340/0380 berbanding dolar US daripada 4.0370/0420 semasa ditutup semalam.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0460 sewaktu ditutup semalam.

PKP 2.0: Permit perjalanan rentas daerah boleh diperoleh di mana-mana balai polis
Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan
Mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS.

Ringgit ditutup rendah berikutan PKP, pengisytiharan darurat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur masih tidak pasti berhubung pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dan pengisytiharan darurat.

Beri peluang generasi baharu memimpin kerajaan - Dr Hussamuddin
Generasi baharu perlu diberi peluang untk memimpin organisasi, parti atau kerajaan, kata Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.