Ringgit susut lagi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan spekulasi pengaturan semula lanskap politik negara.
Sentimen ini dilemahkan lagi dengan pengumuman nasihat perjalanan yang lebih lanjut mengenai wabak COVID-19.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu menurun kepada 4.2310/2350 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2270 yang direkodkan semalam.
Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata banyak amaran perjalanan terus dikeluarkan, terbaru datang dari Taiwan yang menaikkan tahap berjaga-jaga untuk Korea Selatan, ini merencatkan lagi sentimen di kalangan pelabur.
Sementara itu, Hong Kong turut melaporkan penurunan besar-besaran dalam eksport serta import bagi Januari.
"Jika ini adalah membayangkan hal yang akan datang, saya fikir pelabur di seluruh dunia perlu berjaga-jaga untuk menunggu perkara yang paling buruk dalam ruang lingkup ekonomi ASEAN," katanya kepada Bernama.
Semalam, Bank Negara Malaysia berkata bahawa ia sedang memantau pasaran kewangan berdasarkan perkembangan terkini dalam landskap politik negara.
BNM menyedari bahawa pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran, operasi BNM akan terus memastikan agar keadaan pasaran kewangan adalah mencukupi dan teratur.
Pada penutup, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0256/0289 daripada 3.0126/0152 yang dicatatkan semalam dan menyusut berbanding Yen kepada 3.8324/8371 daripada 3.7941/7978.
Mata wang tempatan itu turut menurun berbanding Euro kepada 4.5902/5962 daripada 4.5678/5728 dan tergelincir menentang pound kepada 5.4969/5038 daripada 5.4464/4520.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 25 2020
Pada penutup, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ringgit dijangka cecah 4.11 berbanding dolar AS menjelang akhir 2023 - Kenanga
Kenanga Research mengunjurkan ringgit diniagakan pada paras 4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini daripada paras lebih 4.40 pada masa ini.
Harga minyak merosot ekoran kebimbangan ke atas permintaan
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$82.16 setong pada 09.24 pagi waktu tempatan.
Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM
Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0405/0445 ketika ditutup pada urus niaga Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS.
Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan
Mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak mentah dan kelemahan dolar AS.
Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021
Pada 6 petang Isnin, Ringgit meningkat kepada 4.0040/4.0090 berbanding Dolar Amerika.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini yang menunjukkan bukti kukuh bahawa ia memberikan panduan kepada prestasi untuk tahun ini.