awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus susut berbanding dolar AS berikutan pengambilan untung

Bernama
Bernama
08/08/2025
12:54 MYT
Ringgit terus susut berbanding dolar AS berikutan pengambilan untung
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2420/2480 berbanding dolar AS daripada 4.2340/2385 semasa ditutup pada Khamis. - Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah pada Jumaat, meneruskan penurunan berbanding dolar AS berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini.
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.2420/2480 berbanding dolar AS daripada 4.2340/2385 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata isyarat bercampur-campur daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS turut menjejaskan sentimen pasaran dalam keadaan jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah.
Beliau berkata pegawai Fed masih berbeza pendapat mengenai masa dan keperluan kepada langkah sedemikian.
"Ada pihak yakin inflasi mungkin kekal berterusan sekali gus mewajarkan dasar monetari yang terhad dikekalkan. Bagaimanapun, ada juga yang merasakan penurunan kadar faedah wajar dilakukan lebih awal untuk menstabilkan momentum pertumbuhan," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Julai, yang dijadualkan pada Selasa depan berkemungkinan meningkatkan perdebatan dalam kalangan ahli Fed mengenai hala tuju kadar faedah.
"Anggaran konsensus telah menambat kadar inflasi pada 2.8 peratus, iaitu lebih tinggi daripada 2.7 peratus pada bulan sebelumnya. Oleh itu, kita akan terus menyaksikan perdebatan dalam kalangan ahli Fed mengenai hala tuju kadar faedah," katanya.
Pada penutupan dagangan, ringgit ditutup kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen kepada 2.8720/8763 daripada 2.8732/8765 semasa ditutup pada Khamis, dan naik berbanding euro kepada 4.9381/9451 daripada 4.9411/9463.
Bagaimanapun, ia menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7034/7114 daripada 5.6596/6656.
Ringgit menunjukkan aliran rendah berbanding mata wang serantau.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3014/3064 daripada 3.2973/3013, susut berbanding baht Thailand kepada 13.1173/1419 daripada 13.0954/1146, dan lebih rendah berbanding rupiah Indonesia pada 260.3/260.8 daripada 259.3/2.8 sebelumnya
Ia susut berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.44 daripada 7.42/7.44.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#mata wang
#dolar AS
#pengambilan untung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan