KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan unit negara maju menyusut daripada paras tertinggi beberapa bulan selepas penurunan semula hasil Perbendaharaan AS, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks dolar AS (DXY) berkurangan 0.3 peratus kepada 105.940 mata meskipun wujudnya ketidaktentuan mengenai prospek penurunan kadar faedah.
Pada Selasa, Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell berkata inflasi yang berterusan bermakna kos pinjaman akan kekal meningkat untuk tempoh lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini.
Bagaimanapun, Afzanizam berkata di Eropah, trend disinflasi adalah berterusan dengan inflasi keseluruhan dan indeks harga pengguna teras (IHP) menurun pada Mac masing-masing kepada 2.4 peratus dan 2.9 peratus berbanding 2.6 peratus dan 3.1 peratus pada bulan sebelumnya.
"Ini memberi sokongan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) mungkin mengurangkan kadar dasar lebih awal. Sehubungan itu, ringgit mungkin kekal dalam julat kecil hari ini kerana dolar AS kekal menonjol berbanding mata wang utama lain, terutama terhadap prospek kadar faedah yang memihak kepada dolar AS," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbanding pound Britain.
Ia menyusut berbanding euro kepada 5.1056/1093 daripada 5.0981/1024 semasa ditutup pada Rabu, turun berbanding yen Jepun kepada 3.1013/1038 daripada 3.0990/1018, namun kukuh berbanding pound Britain kepada 5.9588/9631 daripada 5.9720/9770 sebelum ini.
Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang Asean kecuali berbanding dolar Singapura.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0108/0250 berbanding 13.0194/13.0373 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 294.9/295.3 daripada 295.3/295.7 semalam.
Ringgit turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.39 daripada 8.37/8.39 pada Rabu tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5184/5212 daripada 3.5171/5200 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu. -Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Pendudukan bermula semalaman apabila penunjuk perasaan memecahkan tingkap dan memasuki Hamilton Hall.
Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa
Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.
Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Universiti Columbia ancam untuk membuang pelajar yang merampas dan menduduki bangunan bilik kuliah ketika pertikaian antara pengurusan universiti dan aktivis pro-Palestin di kampus Manhattan semakin sengit.
Tidak sepatutnya persoal pendidikan calon PH - Nik Nazmi
Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperkasakan sekolah kebangsaan (SK), namun pilihan aliran pendidikan untuk anak-anak merupakan hak ibu bapa.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.
World Central Kitchen (WCK) kembali operasi di Gaza
World Central Kitchen (WCK) atau Dapur Pusat Dunia pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan beberapa kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan dari Israel kembali ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
PBB gesa Israel buka dua lintasan ke utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sahkan terdapat kemajuan tambahan ke arah mengelak kebuluran di utara Semenanjung Gaza, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan segera.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.