awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024

Bernama
Bernama
22/04/2024
10:50 MYT
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Menurut Bank Negara, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan AS$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$100.1 bilion, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM630.93 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM536.93 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.66 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.53 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM50.67 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM192 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.25 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142.29 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM6.09 bilion), deposit lain (RM63.64 bilion), kertas Bank Negara (RM20.70 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.62 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#rizab antarabangsa
#BNM
#Tabung Kewangan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan