awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$112.9 bilion setakat 31 Julai 2023

Bernama
Bernama
07/08/2023
09:02 MYT
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$112.9 bilion setakat 31 Julai 2023
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$112.9 bilion setakat 31 Julai 2023, berbanding AS$111.8 bilion (AS$1=RM4.56) pada 14 Julai, 2023.
Bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset-aset rizab lain (AS$2.7 bilion).
Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM627.66 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM529.26 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM58.01 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM183.56 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM174.72 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.27 bilion), deposit-deposit lain (RM37.22 bilion), kertas Bank Negara (RM29.75 bllion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.64 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#import barangan
#hutang luar negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan