BISNES
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$120.6 bilion

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$120.6 bilion (AS$1=RM4.20) setakat 30 Jun, 2025 daripada AS$119.9 bilion yang dicatatkan pada 13 Jun, 2025.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab pertukaran asing (AS$107.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM607.31 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR (RM510.06 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.27 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM6.83 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.26 bilion), tanah dan bangunan (RM4.58 bilion) dan aset-aset lain (RM45.31 bilion).BNM berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM607.31 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.55 bilion), mata wang dalam edaran (RM171.82 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM122.23 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM7.07 bilion), deposit lain (RM75.78 bilion), kertas Bank Negara (RM10.06 bilion), peruntukan SDR (RM27.78 bilion) dan liabiliti lain (RM2.92 bilion).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami