KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada AS$111.3 bilion pada 13 Ogos, 2021 daripada AS$111.bilion pada 30 Julai, 2021.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.2 bilion), kata BNM.

Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM462.65 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.22 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM727.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.35 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.79 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM184.86 bilion), mata wang dalam edaran (RM143.72 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM138.77 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM20.11 bilion), lain-lain deposit (RM5.86 bilion), kertas Bank Negara (RM8.50 bilion), peruntukan SDR (RM7.98 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.0 bilion).

-- BERNAMA