awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.6 bilion pembiayaan diluluskan bagi vendor Petronas setakat Julai2022

Bernama
Bernama
18/08/2022
00:45 MYT
RM1.6 bilion pembiayaan diluluskan bagi vendor Petronas setakat Julai2022
Program Pembiayaan Vendor Petronas merupakan inisiatif yang diwujudkan bagi memudahkan akses kepada pembiayaan dalam kalangan vendor OGSE tempatan yang berdaftar daripada sembilan rakan strategik.
KUALA LUMPUR: Program Pembiayaan Vendor (VFP) Petronas terus memberi impak positif kepada industri dengan lebih 260 permohonan dan pembiayaan bernilai RM1.6 bilion diluluskan setakat Julai 2022.
Ketua Program Strategik dan Pelesenan Perolehan Kumpulan Petronas Natrah Mohd Tahir berkata VFP dicadangkan untuk membantu vendor Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Malaysia yang terjejas teruk akibat krisis harga minyak pada 2018 dalam mendapatkan modal kerja dan menambah baik aliran tunai mereka demi mengekalkan perniagaan masing-masing.
"Kini ditambah lagi dengan kesan pandemik yang berpanjangan, sudah tiba masanya kami mempergiatkan usaha untuk menyokong vendor kami yang semuanya memainkan peranan penting dalam ekosistem minyak dan gas," katanya dalam satu kenyataan.
Kira-kira 200 peserta menghadiri program Hari Perbualan VFP yang dianjurkan oleh Petronas di Putrajaya pada Selasa, dengan kerjasama Majlis Perkhidmatan Minyak, Gas dan Tenaga Malaysia dan Persatuan Pemilik OSV Malaysia (MOSVA).
Hari Perbualan VFP bertujuan untuk menghubungkan vendor dalam ekosistem OGSE dengan institusi kewangan VFP sebagai rakan kongsi untuk mewujudkan penyelesaian kewangan yang berdaya maju.
VFP merupakan inisiatif yang diwujudkan bagi memudahkan akses kepada pembiayaan dalam kalangan vendor OGSE tempatan yang berdaftar daripada sembilan rakan strategik program -- Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB, Export-Import Bank Malaysia Bhd (EXIM), HSBC Bank Malaysia Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank), RHB Bank, and UOB Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#vendor
#OGSE
#VFP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan