awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK11: Rakyat Perlis akan lebih selesa jika ... - Shahidan

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
17/10/2018
10:17 MYT
RMK11: Rakyat Perlis akan lebih selesa jika ...  - Shahidan
Shahidan turut menekankan faktor kawalan harga barangan yang perlu diketengahkan kerana ia jelas memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia. - Gambar fail
Peluang pekerjaan, pendapatan isi rumah dan harga barangan perlu menjadi faktor utama dalam sesi pembentangan yang dijadualkan pada Khamis.
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembentangan kali ini juga perlu menumpu kepada anak muda yang mahu melihat perubahan pada kerajaan Pakatan Harapan.
“Kerajaan PH dalam manifesto telah menjanjikan peningkatan pada peluang pekerjaan, jadi saya berharap agar isu-isu berkenaan dapat diketengahkan esok.
“Jika tidak ada perubahan, pastinya rakyat akan kecewa kerana ini adalah harapan mereka,” kata Shahidan, ketika ditemui di lobi Parlimen di sini pada Rabu.
Shahidan turut mahu melihat tidak ada mana-mana pihakterpaksa dibuang kerja yang kerana fahaman politik.
“Kita lihat ada kemungkinan pekerja kontrak seperti JASA dan PLKN akan dihentikan. Ingatlah, keluarga mereka bergantung kepada mereka. Ini beri kesan kepada anak-anak dan menyumbang kepada masalah sosial,” katanya.
Selain itu, Shahidan turut menekankan faktor kawalan harga barangan yang perlu diketengahkan kerana ia jelas memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia.
Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-11 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlangsung esok di Dewan Rakyat pada jam 4 petang esok.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#Kajian Separuh Penggal RMK-11
#modal insan
#Parlimen
#politik
#rakyat
#Rancangan Malaysia ke-11
#RMK11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan