KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) disasarkan untuk mengubah model ekonomi linear konvensional negara yang telah terbukti berbahaya kepada alam sekitar kepada model ekonomi pekeliling yang mampan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata peralihan tersebut akan membolehkan Malaysia mencapai langkah sistemik ke arah daya tahan dalam tempoh jangka panjang, menghapuskan penggunaan dan amalan pengeluaran tidak mampan serta menangani isu perubahan iklim, kerosakan alam sekitar dan kemusnahan biodiversiti.
"Ekonomi pekeliling memberi tumpuan kepada pendekatan penggunaan dan pengeluaran bertujuan untuk melakukan lebih dan lebih baik dengan mengurangkan penggunaan sumber serta meminimumkan kerosakan alam sekitar dan pencemaran bersama kitaran hayat barangan dan perkhidmatan," katanya. berkata.
Mustapa berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada perbincangan meja bulat anjuran bersama Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC) dan Bloomberg di sini hari ini.
Beliau berkata menerusi pendekatan ini, permintaan terhadap sumber asli akan berkurangan sekali gus mengurangkan tekanan dan kesan terhadap alam sekitar.
"Ia akhirnya akan meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia," katanya.
Mustapa berkata Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan lepas telah memulakan inisiatif pemangkin untuk memajukan pendekatan penggunaan dan pengeluaran yang mampan.
Contohnya ialah inisiatif perolehan kerajaan hijau (GGP) diperkenalkan pada tahun 2014 sebagai pemangkin untuk memacu penciptaan 'pasaran hijau' di Malaysia, katanya.
Beliau berkata GGP berjaya meningkatkan bilangan produk dan perkhidmatan hijau berdaftar kepada 9,647 setakat Disember 2021 berbanding 1,330 pada 2017.
"Dalam menyokong dan melengkapkan ekonomi pekeliling, sektor swasta mesti memainkan peranan proaktif. Syarikat mesti mengutamakan agenda kemampanan dalam membangunkan pelan perniagaan mereka, seterusnya akan menghasilkan penyampaian produk dan perkhidmatan yang mesra alam," katanya.
Memetik data Suruhanjaya Eropah dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, Mustapa berkata dianggarkan lebih 80 peratus daripada semua kesan alam sekitar berkaitan produk ditentukan semasa fasa reka bentuk sesuatu produk.
"Kerajaan tidak dapat mencapai Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan secara bersendirian, sektor swasta harus sedar ia adalah tanggungjawab kita bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022
Mustapa berkata, peralihan tersebut akan membolehkan Malaysia mencapai langkah sistemik ke arah daya tahan dalam tempoh jangka panjang. - Gambar/ Bernama
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Impak penyusutan ringgit kepada bayaran hutang langsung kerajaan adalah kecil
Mustapa berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan.
Tanpa subsidi kerajaan, inflasi negara boleh cecah 10.6 peratus pada Ogos 2022 - Mustapa
Malaysia yang juga sebagai sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global.