Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai US$10 bilion.
Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain menrusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.
Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai US$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.
Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.
Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari.
Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menyuncup kepada US$300 juta berbanding US$5.3 bilion sebelum ini.
Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.
Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar US, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.
Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.
Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.
Tahun lepas aset bersih beliau bernilai US$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkann keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.
Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah terlambat.
Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada US$725 juta.
Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.
Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot.
Tahun lepas 16 memiliki aset berbilion dolar namun tahun ini hanya 12 individu.
Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset US$900 juta, menyertai Goh yang hilang status 'billionaire', manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan US$975 juta.
Di tempat kesembilan, Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas sebanyak US$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.
Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Khoo Kay Peng, yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.
Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat ke tempat ke-11 dengan aset bernilai US$1.1 bilion, menyertai senarai baharu 'billionaire', meningkat berbanding US$120 juta tahun lepas.
Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk Wong Teek Son, yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan US$255 juta.
Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia : 1) Robert Kuok USS$10 bilion 2) Ananda Krishnan US$7.4 bilion 3) Quek Leng Chan US$5.3 bilion 4) Teh Hong Piow US$4.65 bilion 5) Lee Shin Cheng US$4.6 bilion 6) Lim Kok Thay US$4.55 bilion 7) Yeoh Tiong Lay US$2.25 bilion 8) Lau Cho Kun US$1.55 bilion 9) Syed Mokhtar AlBukhary US$1.45 bilion 10) Surin Upatkoon US$1.15 bilion.
Bernama
Thu Feb 25 2016
Kuok (gambar) mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.