Rohas Tecnic Bhd yang mula disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia hari ini menyasarkan nilai perolehan projek sebanyak RM500 juta tahun ini dalam bidang pembekalan elektrik, rawatan air dan telekomunikasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Rohas-Euco Industries Bhd Leong Wai Yuan berkata kumpulan itu kini membida projek rawatan air di Vietnam.
"Kami kini menunggu keputusannya. Banyak projek pembidaan sangat subjektif, bergantung kepada kedudukan pasaran dan saingan.
"Kami perlu tingkatkan keupayaan kami. Apa sahaja keputusan pembidaan, ini mencerminkan kedudukan kami dalam pasaran," katanya kepada pemberita syarikat itu di sini hari ini.
Nilai kontrak dalam tangan syarikat itu kini berjumlah RM180 juta, yang bertahan untuk tempoh satu setengah tahun.
Rohas Tecnic adalah hasil daripada pengambilalihan berbalik (RTO) antara Rohas-Euco Industries Sdn Bhd (REI) dan syarikat pegangan pelaburan Tecnic Group Bhd.
REI merupakan syarikat fabrikasi keluli yang pernah disenarai di bursa, sebelum dibeli oleh ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah kira-kira sembilan tahun lepas.
Ia terlibat dalam aktiviti reka bentuk, fabrikasi dan membina pencawang elektrik dan menara telekomunikasi, serta struktur keluli untuk jana kuasa elektrik.
Leong berkata kumpulan mengumpul kira-kira RM26 juta daripada langkah penyenaraian itu dan daripada jumlah tersebut, RM10 juta akan digunakan untuk membina kecekapan dalam kapasiti pembuatannya.
"Kami perlu membeli mesin baharu dan melabur dalam teknologi baharu yang membolehkan kami mempunyai asas kos yang rendah untuk mencapai kecekapan lebih tinggi," katanya.
Leong berkata sebahagian besar daripada perolehan kumpulan adalah daripada pasaran domestik, menyumbang 90 peratus.
Beliau menjangka sumbangan perolehan daripada domestik dan antarabangsa dalam nisbah 70:30 dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Mengenai prospek perniagaan pembekalan tenaga, Leong berkata, permintaan terhadap tenaga akan meningkat dengan ketara pada masa akan datang.
"Oleh itu, kami cuma mempersiapkan diri untuk membinanya bagi Malaysia.
"Selain itu, kami mahu meninjau peluang di Sarawak, yang akan terdapat projek hidroelektrik yang besar yang akan dibina awal tahun ini. Kami berharap berada di sana untuk membekalkan tenaga," katanya.
Rohas Tecnic Bhd dibuka pada 99.5 sen, 11.16 sen lebih rendah daripada harga dagangan terakhir Tecnic Group Bhd pada RM1.12. -- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Wan Azmi (kanan) melihat carta saham di Bursa Malaysia hari ini. Turut hadir Ketua Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan (kiri) dan Pengarah Urusan Rohas Tecnic Bhd, George Sia. --fotoBERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.