awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah kuasa ekonomi baharu? Boleh bah...

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
23/09/2020
02:53 MYT
Sabah kuasa ekonomi baharu? Boleh bah...
Transformasi segera perlu dilakukan bagi mewujudkan potensi ekonomi Sabah sebagai destinasi pilihan untuk berniaga dan merancakkan lagi jaringan perniagaan.
Negeri di Bawah Bayu, Sabah ialah negeri kedua terbesar di Malaysia yang kaya dengan hasil alam, pulau-pulau yang cantik, serta kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa.
Kelebihan yang dimiliki dilihat mampu menjadikannya sebuah kuasa besar ekonomi di Malaysia.
Menurut Banci Ekonomi 2016, Profil Perusahaan Kecil dan Sederhana (tahun rujukan 2015), Jabatan Perangkaan Malaysia, Sabah mempunyai lebih 50,000 komuniti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pelbagai produk untuk dipasarkan.
Namun, sejumlah mereka hanya mampu memasarkan atau mengembangkan perniagaan pada peringkat daerah atau negeri itu sahaja. Mengapa ini terjadi?
Pelbagai faktor yang menyebabkan ia berlaku, antaranya masalah kemudahan asas dan insfrastruktur seperti jalan raya dan jaringan internet.
Jalan raya yang baik dapat menjimatkan masa perjalanan antara satu tempat ke tempat lain, manakala jaringan internet yang kukuh dapat melatih usahawan dan peniaga di Sabah menjana pendapatan menerusi e-dagang, iaitu urusan jual beli dalam talian.
Menerusinya, sesiapa sahaja boleh berniaga dari mana-mana lokasi, termasuk berniaga tanpa memiliki produk sendiri, iaitu melalui kaedah dropship.
Selain itu, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, diharap wakil rakyat yang bakal menggalas tanggungjawab melihat isu ekonomi sebagai suatu yang serius bagi memastikan rakyat negeri itu terus menikmati kesan ekonomi yang berterusan seperti negeri-negeri lain.
Bukan itu sahaja, transformasi perlu dilakukan bagi mewujudkan potensi ekonomi supaya dapat menjadikan Sabah sebagai destinasi pilihan untuk berniaga dan merancakkan lagi jaringan perniagaan.
Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S13 membincangkan isu “Berniaga di Sabah? Boleh Bah…”.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, pada 24 September 2020 ini, jam 11 pagi.
Sesi ini dikendalikan oleh Dzulfitri Yusof, Editor Kanan, Astro AWANI dan disertai Niney Chong, Pengarah, MinistryOfMarketing / Penerbit, HerRiseStory.com; Shahrizal Denci, Ikon Pertanian dan Usahawan; Ann Osman, Pengarah Urusan Travel Rite Tours & Events Sdn Bhd (Pelancongan) & BAIÜ Organic Farm (Agro- Produk Ayam Organik) dan Dr Rafiq Idris, Pengarah, Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sabah memiliki kelebihan menjadi sebuah kuasa ekonomi berikutan kawasan tanah yang luas dan sumber asli yang banyak sebagai aset utamanya.
Sabah memiliki kelebihan menjadi sebuah kuasa ekonomi berikutan kawasan tanah yang luas dan sumber asli yang banyak sebagai aset utamanya.
Topic Berkaitan
#berniaga
#perniagaan
#PKS
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#SME
#webinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan