KUALA LUMPUR: Harga saham AirAsia terus mencatatkan aliran penurunan pada sesi awal pada Isnin dalam persekitaran sentimen yang lemah selepas kumpulan itu diklasifikasikan sebagai status Nota Amalan 17 (PN17) berikutan kegagalannya untuk mendapat lanjutan tempoh pelepasan daripada Bursa Malaysia.
Sehingga 10.30 pagi, saham AirAsia merosot 2.5 sen atau 4.03 peratus kepada 59.5 sen, dengan 35.54 juta saham diniagakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini memberi jaminan bahawa kumpulan sedang merangka pelan untuk menyelaraskan situasi kewangannya untuk menangani status PN17, dan pengumuman yang berkaitan akan dibuat dalam masa terdekat.
AirAsia sepatutnya diklasifikasikan sebagai penerbit PN17 dalam tempoh 18 bulan yang lepas apabila juruauditnya menimbulkan ketidakpastian yang ketara dalam laporan audit 2020 yang mewujudkan keraguan terhadap keupayaan kumpulan itu untuk meneruskan sebagai usaha yang berterusan.
Bagaimanapun, AirAsia telah diberikan pengecualian am oleh Bursa Malaysia sehingga 7 Jan, 2022 sebagai sebahagian daripada langkah-langkah bantuan COVID-19, tetapi bursa enggan melanjutkan pengecualian tersebut walaupun terdapat rayuan daripada kumpulan itu, tetapi tiada implikasi serta-merta terhadap status penyenaraiannya.
BACA: AirAsia kini dikategorikan sebagai syarikat Nota Amalan 17
CGS-CIMB menjangka AirAsia akan memerlukan rangsangan bernilai RM7.39 bilion kepada dana pemegang sahamnya (berdasarkan asas proforma) sehingga 31 Sept, 2021 untuk dikeluarkan daripada klasifikasi sebagai syarikat PN17, dan berpendapat amat mencabar untuk dicapai.
"Hanya RM193 juta atau 20 peratus daripada sekuriti hutang Islam tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (RCUIDS) bernilai RM974.5 juta telah ditukar kepada saham setakat ini, dan penukaran seterusnya tidak akan berlaku, berikutan harga saham AirAsia kini hanya 62 sen, di bawah harga penukaran RCUIDS sebanyak 75 sen," katanya.
Katanya waran bernilai RM650 juta turut dijangka tidak akan ditukar berikutan harga pelaksanaan ialah RM1.
BACA: AirAsia ambil semua langkah perlu tangani status PN17 - Tony Fernandes
"Pada pandangan kami, AirAsia mungkin mengkaji pengasingan Indonesia AirAsia dan Philippines AirAsia, yang boleh meningkatkan kedudukan dana pemegang sahamnya sebanyak RM2.250 bilion berdasarkan alasan perakaunan.
"Sebagai alternatif, Airasia mungkin mempertimbangkan untuk menjual pegangan dalam pelbagai perniagaan digitalnya kepada di bawah 50 peratus, untuk mendapat manfaat daripada keuntungan penilaian semula perakaunan nilai saksama," menurut CGS-CIMB.
Sementara itu, firma broker tersebut berkata klasifikasi PN17 berpotensi mempunyai implikasi negatif terhadap harga saham AirAsia berikutan ia percaya kebanyakan pelabur institusi tidak akan dibenarkan berdasarkan mandat mereka untuk melabur manakala pelabur runcit mungkin panik dan menjual saham tersebut.
"Pemangkin penurunan penarafan termasuklah maklumat yang dipercayai bahawa syarikat penerbangan tambang ultra rendah baharu kini dalam proses mendapatkan kelulusan kawal selia untuk diwujudkan di Malaysia, telah menandatangani perjanjian untuk memajak dua A320 pada kadar pajakan yang rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
AirAsia sepatutnya diklasifikasikan sebagai penerbit PN17 dalam tempoh 18 bulan yang lepas apabila juruauditnya menimbulkan ketidakpastian yang ketara dalam laporan audit 2020. - Gambar fail
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Piala Thomas: Rexy mahu perseorangan negara lebih mantap di Horsens
Dalam tempoh dua tahun lagi, skuad lelaki akan lebih seimbang memandangkan kem beregu negara lebih stabil berbanding perseorangan negara.
Saham AirAsia terus catat momentum penurunan
Harga saham AirAsia terus mencatatkan aliran penurunan pada sesi awal pada Isnin dalam persekitaran sentimen yang lemah selepas kumpulan itu diklasifikasikan sebagai status Nota Amalan 17 (PN17).