awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham di Bursa AS ditutup tinggi

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2021
22:23 MYT
Saham di Bursa AS ditutup tinggi
Pada penutup, indeks Dow Jones naik 237 mata kepada 31,385 mata, S and P 500 naik 28 mata kepada 3,915 mata dan Nasdaq naik 131 mata kepada 13, 987 mata. - REUTERS
NEW YORK:Saham di pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup pada paras tertinggi dalam rekod pada Isnin dengan prospek pelan rangsangan akan dilaksanakan.
Dalam masa yang sama, pelabur turut optimis pemulihan ekonomi berjalan dengan baik.
Kesemua tiga indeks utama mencatatkan peningkatan untuk enam hari berturut turut.
Menurut Kingsview Asset Management yang dipetik Reuters, pelabur ketika ini mengambil kira pembukaan ekonomi yang lebih meluas dan keberkesanan vaksin.
Namun Kingsview turut berpendapat saham kini terlebih nilai dan ada tanda-tanda spekulasi sedang berlaku.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen menjangkakan jika Kongres meluluskan pelan rangsangan baru 1.9 trillion dollar, AS akan kembali mencatatkan kadar pekerjaan penuh tahun depan.
Pada penutup, indeks Dow Jones naik 237 mata kepada 31,385 mata, S and P 500 naik 28 mata kepada 3,915 mata dan Nasdaq naik 131 mata kepada 13, 987 mata.
Daripada 294 syarikat dalam S&P 500 yang membuat laporan kewangan, 83 peratus melepasi unjuran pasaran.
Harga minyak turut meningkat ke paras dua tahun tertinggi kepada paras 60 dollar setong susulan pemotongan bekalan dan harapan pemulihan permintaan dengan dipacu pelan rangsangan.
Topic Berkaitan
#AS
#ekonomi
#minyak
#Dow Jones
#Janet Yellen
#S&P 500
#kongres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan