awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham FGV turun selepas berita tiada perbincangan jadikan syarikat persendirian

Bernama
Bernama
17/01/2017
04:19 MYT
Saham FGV turun selepas berita tiada perbincangan jadikan syarikat persendirian
Syarikat perladangan ketiga terbesar dunia mengikut keluasan itu juga tidak menerima sebarang cadangan daripada pemegang saham yang lain mengenai perkara yang sama.
Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) turun pada sesi pagi ini setelah berita tiada perbincangan untuk dijadikan syarikat persendirian.
Pada pukul 10.34 pagi, saham FGV susut tiga sen kepada RM1.72 dengan 3.47 juta saham bertukar tangan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, FGV menjelaskan bahawa tidak ada perbincangan untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian.
"Selepas membuat beberapa pertanyaan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang merupakan pemegang saham utama, FGV dimaklumkan tidak ada perbincangan mengenai urusan itu di peringkat lembaga pengarah," katanya.
Syarikat perladangan ketiga terbesar dunia mengikut keluasan itu juga tidak menerima sebarang cadangan daripada pemegang saham yang lain mengenai perkara yang sama.
FELDA dan syarikat sekutunya secara kolektif memiliki pegangan terbesar dalam FGV pada 36.69 peratus.
Antara dana institusi yang masih memegang pegangan dalam FGV ialah Lembaga Tabung Haji (7.78 peratus, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (4.98 per cent) and Amanahraya Trustees Bhd (4.13 peratus). -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Felda Global Ventures Holdings Bhd
#FGV
#syarikat persendirian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan