Sarawak masih berunding dengan Petronas mengenai kenaikan royalti minyak sebanyak 20 peratus, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Dalam ucapan penggulungannya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, beliau berkata kini masanya tidak sesuai untuk rundingan berikutan harga minyak yang rendah dan kos pengeluaran yang amat kompetitif.
"Dengan keadaan sedemikian, kita perlu mengendalikannya dengan baik," katanya.
Sementara itu, katanya beliau telah memutuskan bahawa kerajaan akan meneruskan pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini.
Ia juga akan berunding dengan Petronas mengenai cara dan kaedah untuk menyertai aktiviti huluan dan hiliran syarikat minyak nasional itu di Sarawak, katanya.
"Kerajaan negeri akan membentuk sebuah entiti komersial milik negeri bersama Petronas untuk meneroka dan mengeluarkan minyak dan gas di lapangan minyak lama atau dibuka semula yang mempunyai potensi untuk menghasilkan minyak dan gas.
"Sarawak akan turut menyertai aktiviti hiliran. Ia telah melaksanakan projek perintis di Bintulu dalam pengeluaran metanol dan derivatifnya," katanya.
Abang Johari berkata kerajaan turut berunding dengan Petronas mengenai butiran perjanjian pemegang saham bagi 10 peratus ekuiti dalam Loji Train 9 Gas Asli Cecair Malaysia (MLNG), selain mengusahakan ekuiti yang lebih besar dalam loji MLNG 2.
Petronas, katanya, telah diarahkan oleh kerajaan negeri bahawa ia perlu dirujuk mengenai penggunaan gas dari mana-mana lapangan baharu.
''''Langkah ini untuk memastikan Sarawak mempunyai hak untuk menolak penggunaan sumber gas yang baharu bagi pembangunan industri minyak dan gasnya, serta pembangunan industri lain di negeri ini.
"Susulan daripada beberapa perjanjian yang dimeterai baru-baru ini, Petronas komited untuk membekalkan 450 juta kaki padu standard gas asli sehari bagi pembangunan sektor tenaga dan bukan tenaga di negeri ini.
"Selain itu, ia komited kepada nilai minimum sebanyak RM2.1 bilion nilai kontrak yang akan diberikan kepada syarikat Sarawak. Sejak 2013, Petronas telah memberi RM15.8 bilion nilai kontrak kepada syarikat Sarawak," katanya.
Abang Johari berkata jumlah syarikat Sarawak yang berlesen atau berdaftar dengan Petronas meningkat daripada 314 pada 2013 kepada 420 pada tahun lepas.
"Kami akan terus membangunkan cara dan kaedah untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam industri minyak dan gas," katanya.
Mengenai perkembangan lain, katanya Brooke Dockyard and Engineering Works Corporation milik negeri telah diberikan projek Bokor dan Anjung di luar pesisir Sarawak bernilai RM490 juta.
"Skop termasuk reka bentuk, pembinaan, pemasangan luar pesisir, penyambungan dan pengoperasian keseluruhan rantaian nilai projek pembangunan luar pesisir. Langkah ini memberi laluan kepada penglibatan yang luas dalam lapangan minyak yang dibuka semula di luar pesisir Sarawak yang dapat dimanfaatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2017
Datuk Abang Johari Openg dan Timbalannya Datuk Amar Awang Tengah dikerumuni wartawan selepas penggulungan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Persidangan DUN Sarawak ke-18 hari ini, 22 Mei, 2017. --fotoBERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.