awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC lantik Zainal Izlan sebagai Timbalan Ketua Eksekutif

Bernama
Bernama
05/04/2018
06:21 MYT
SC lantik Zainal Izlan sebagai Timbalan Ketua Eksekutif
Zainal (gambar) menggantikan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, yang menamatkan kontraknya di SC pada 31 Mac, berikutan pelantikan beliau sebagai Persuruhjaya Kehakiman. - www.sc.com.my
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melantik Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata Zainal menggantikan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin, yang menamatkan kontraknya di SC pada 31 Mac, berikutan pelantikan beliau sebagai Persuruhjaya Kehakiman.
Zainal, 50, menyertai SC pada Januari 2011 sebagai Pengarah Eksekutif, Pasaran Modal Islam dan dilantik sebagai Pengarah Urusan, Pembangunan dan Pasaran Islam pada November 2016.
"Beliau juga merupakan Pengerusi Capital Markets Malaysia, sebuah entiti yang ditubuhkan oleh SC untuk mempromosikan pasaran modal Malaysia.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ekonomi (dwi-pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan) dari The Wharton School, University of Pennsylvania, US, dan pemegang kelayakan penganalisis kewangan berkanun, dan memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Securities Commission
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#Zainal Izlan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan