KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui persidangan maya bersempena Ekspo 2020 Dubai berhasrat menonjolkan peranan kewangan Islam sebagai pengupaya bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selain kedudukan Malaysia sebagai penggerak awal dalam menyelaraskan pembangunan mampan terhadap kewangan Islam.
Persidangan itu yang akan diadakan pada 8 hingga 10 Nov 2021 adalah program utama pada Minggu Kewangan Mampan yang dianjurkan SC. Minggu Kewangan Mampan berlangsung selama lima hari bermula 8 Nov bersempena pameran antarabangsa berkenaan.
Bertemakan Membolehkan Pembangunan Mampan Melalui Kewangan Islam, persidangan itu akan menampilkan sesi wawancara dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang akan berkongsi mengenai agenda kemampanan Malaysia, menurut SC dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya persidangan itu dijangka menarik penyertaan peserta dari seluruh dunia termasuk pengawal selia, pengantara sektor kewangan, pengurus dana, dan pelabur pasaran persendirian.
"Kewangan Islam menawarkan perkhidmatan kepada populasi yang lebih luas secara sama rata dan tidak lagi dianggap untuk orang Islam sahaja. Di peringkat dunia, industri kewangan Islam dijangka mencapai saiz US$3.69 trilion menjelang 2024, meningkat daripada US$2.88 trilion pada 2019 berikutan minat kukuh yang berterusan sebagai kaedah mengumpulkan dana dan pelaburan," kata Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar.
Ekspo 2020 Dubai adalah ekspo dunia yang pertama diadakan di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan (MEASA).
Menurut SC, ia merupakan ekposisi global paling pelbagai setakat ini dengan melibatkan penyertaan 192 negara bermula 1 Okt 2021 hingga 31 Mac 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021
Menurut SC, Ekspo 2020 Dubai merupakan ekposisi global paling pelbagai setakat ini dengan melibatkan penyertaan 192 negara bermula 1 Okt 2021 hingga 31 Mac 2022.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.