Scomi Group Bhd telah memeterai Kertas Terma Ikatan (BTS) dengan penerima dan pengurus (R&M) Scomi Rail Bhd (SRB) untuk menangani isu harta intelek (IP) bagi kumpulan itu dan merangka Pelan Pemulihan Perniagaan Monorel SCOMI yang komposit dengan R&M.
Kumpulan berkenaan dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin berkata pelan pemulihan itu melibatkan cadangan penyusunan semula perniagaan dalam segmen monorel termasuk cadangan pemindahan IP perniagaan monorel kumpulan daripada R&M kepada SRB pada nilai RM36 juta.
Kumpulan tersebut ketika mengulas mengenai cadangan penyusunan semula perniagaan dalamannya, berkata ia akan dilaksanakan melalui penubuhan tiga Syarikat Tujuan Khas iaitu SPV1, yang akan dibiayai oleh Scomi Group sebagai subsidiari perantaraan kumpulan untuk menjadi syarikat pegangan bagi Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STPKL), SPV2 dan SPV3.
"SPV1, melalui STPKL, juga akan memperolehi semua aset dan inventori yang berkaitan dengan perniagaan monorel daripada See Song Sons Sdn Bhd (SSSSB) pada harga yang akan dipersetujui secara bersama," katanya lagi.
Bercakap mengenai SPV2, syarikat itu akan dibiayai oleh kumpulan serta dimiliki sepenuhnya oleh SPV1, untuk memiliki sistem maklumat perakaunan dan pengurusan termasuk kesemua teknologi dan harta intelek, yang berkaitan dengan perniagaan monorel.
"Manakala SPV3 akan dibiayai oleh kumpulan dan dimiliki sepenuhnya oleh SPV1 bagi memiliki dan menguruskan hutang yang boleh dituntut termasuk semua hak yang timbul daripada hutang berkenaan yang terkait dengan tuntutan kumpulan dalam tuntutan litigasi monorel, ' katanya.
Scomi Group menjelaskan langkah korporat ini dirumuskan untuk pemulihan dan pemuliharaan perniagaan monorel kumpulan.
"Antara lain, cadangan pengambilalihan STPKL oleh Scomi Group daripada Scomi Engineering Bhd (SEB), syarikat itu diasingkan daripada kumpulan sejak 24 Jan 2019, ini akan membolehkan kumpulan untuk mengekalkan, membina dan meningkatkan perniagaan bagi projek Monorel Kuala Lumpur, selaras dengan Perjanjian Penyelesaian serta Perjanjian Penyempurnaan yang dimeterai di antara STPKL dengan Prasarana Malaysia Bhd, masing-masing pada 4 April dan 21 Jun 2019," katanya.
"IP tersebut amat penting kepada kumpulan dalam mendapatkan projek monorel tempatan dan antarabangsa pada masa hadapan," katanya sambil menambah bahawa pengambilalihan aset dan inventori serta alat ganti daripada SSSSB akan meningkatkan lagi dan memantapkan komposisi perniagaan monorel kumpulan, ini seterusnya akan meningkatkan peluang kejayaan bagi pembidaan kontrak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019
Scomi Group menjelaskan langkah korporat ini dirumuskan untuk pemulihan dan pemuliharaan perniagaan monorel kumpulan. - gambar hiasan
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fasiliti pintu platform automatik pastikan keselamatan penumpang monorel - Loke
PAGS direka agar beroperasi selari dengan pergerakan pintu tren, dengan tambahan tiga pintu kecemasan serta skrin tetap di hujung platform untuk memperkukuh aspek keselamatan.
Prasarana diarah buat kajian kawasan jajaran rel berisiko pokok tumbang
MOT mengarahkan Prasarana supaya menjalankan kajian mendalam kawasan berisiko berlakunya insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang dan menghempap sebahagian landasan monorel serta beberapa kereta di kawasan itu pada petang Selasa.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
Projek monorel Putrajaya siap jika serah kepada swasta - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan projek monorel Putrajaya sudah siap ketika ini sekiranya projek itu diserahkan kepada sektor swasta dalam membangunkan infrastruktur berkenaan.
Penangguhan projek monorel Putrajaya punca sistem pengangkutan bersepadu belum tercapai
Penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel di Putrajaya juga memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan.
Waktu puncak LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, monorel dilanjutkan mulai esok
Perkhidmatan waktu puncak bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula esok.
PKP: Perkhidmatan rel dan bas Prasarana beroperasi seperti biasa
Kekerapan bas pada waktu puncak adalah kekal iaitu antara pukul 6.00 hingga 10 pagi dan antara pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Perkhidmatan monorel Stesen Maharajalela tergendala, gerabak penumpang terbakar
Seramai 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Pudu digerakkan ke lokasi kejadian pada 7.27 pagi.