awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS sekat 6 syarikat Malaysia atas dakwaan kaitan dengan sektor pembuatan Rusia

Bernama
Bernama
03/11/2024
10:01 MYT
AS sekat 6 syarikat Malaysia atas dakwaan kaitan dengan sektor pembuatan Rusia
Jabatan Negara AS memaklumkan, hampir 400 entiti dan individu telah dikenakan sekatan kerana membolehkan Rusia "melaksanakan perang haramnya". - Reuters
KUALA LUMPUR: Sebanyak enam syarikat yang berpangkalan di Malaysia adalah antara hampir 400 entiti dan individu yang dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) kerana beroperasi atau pernah beroperasi dalam sektor pembuatan Rusia.
Syarikat yang disenaraikan itu ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability) dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).
Dalam satu kenyataan pada 30 Oktober, Pejabat Jurucakap itu memaklumkan bahawa hampir 400 entiti dan individu telah dikenakan sekatan kerana membolehkan Rusia "melaksanakan perang haramnya".
Kenyataan itu menyatakan bahawa Jabatan Negara sedang mengenakan sekatan ke atas lebih 120 individu dan entiti.
"Penyenaraian Jabatan Negara bertujuan untuk mengganggu usaha mengelak sekatan dan menyasarkan entiti di pelbagai negara ketiga, termasuk Republik Rakyat China (PRC), India, Malaysia, Thailand, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.
"Semua sasaran disenaraikan mengikut Perintah Eksekutif (E.O.) 14024 yang membenarkan sekatan terhadap aktiviti asing berbahaya tertentu oleh Kerajaan Persekutuan Rusia," menurut kenyataan itu.
Pejabat Jurucakap itu turut memaklumkan bahawa sekatan itu menyasarkan pengeluar, pengeksport dan pengimport barangan yang penting kepada asas industri ketenteraan Rusia.
"Barangan itu termasuk mikroelektronik dan item kawalan berangka komputer (CNC) dalam Senarai Keutamaan Tinggi Biasa (CHPL), seperti yang dikenal pasti oleh Biro Industri dan Keselamatan (BIS) Jabatan Perdagangan AS bersama Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK), dan Jepun," tambahnya.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan terus menggunakan semua alat yang ada untuk mengganggu sokongan terhadap asas industri ketenteraan Rusia dan menyekat keupayaan Kremlin untuk mengeksploitasi sistem kewangan antarabangsa serta menjana pendapatan bagi meneruskan perangnya terhadap Ukraine.
"Kami terus berdiri dalam solidariti dengan Ukraine untuk mempertahankan tanah airnya daripada pencerobohan Rusia," tambahnya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#amrika syarikat
#sekatan
#syarikat Malaysia
#Rusia
#sektor pembuatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan