JOHOR BAHRU: Sektor minyak dan gas Johor mencatatkan pelaburan terkumpul sebanyak RM140 bilion sejak industri itu dimulakan secara aktif di negeri ini pada awal tahun 2000.
Pemangku Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corp Bhd (JPDC) Izhar Hifnei Ismail berkata sebahagian besar daripada pelaburan itu dibuat di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dari 2012.
Beliau berkata lokasi pelaburan lain dalam sektor itu di negeri ini termasuklah di Pasir Gudang, Tanjung Langsat dan Tanjung Bin.
"Setakat 31 Mac lepas, PIPC merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM124 bilion termasuk hasil daripada pelaburan Petronas dan Dialog Group.
"Jika dicampur dengan projek minyak dan gas yang dijalankan di Pasir Gudang, Tanjung Langsat dan Tanjung Bin, jumlah pelaburan yang telah direalisasikan adalah RM140 bilion.
"Dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang ini, kita yakin akan ada pelaburan baharu daripada syarikat asing yang melihat potensi besar PIPC di Pengerang," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Sektor Perkhidmatan serta Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Johor 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) Mohd Yazid Jaafar.
Menurut Izhar Hifnei, pembangunan pusat penapisan minyak dan pemprosesan petrokimia di PIPC juga telah mewujudkan sebanyak 7,415 peluang pekerjaan dengan dianggarkan sebanyak 70 peratus daripada jawatan itu disandang rakyat tempatan.
Sementara itu, Mohd Hairi berkata kerajaan negeri berharap program jelajah OGSE Johor akan terus diadakan pada masa depan termasuk pada skala yang lebih kecil agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat di negeri ini.
"Program ini baik untuk perkembangan industri minyak dan gas di Johor. Ia bukan sahaja menyumbang kepada sektor ekonomi negeri tetapi juga meningkatkan ekonomi rakyat menerusi peluang pekerjaan yang ditawarkan.
"Selain di PIPC, sektor sama turut dibangunkan di Maharani Gateway, Muar. Sehubungan itu, saya berharap syarikat tempatan tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dan mengambil manfaat yang disediakan oleh kerajaan pusat dan negeri dalam sektor ini," kataya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Izhar Hifnei (foto) berkata sebahagian besar daripada pelaburan itu dibuat di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dari 2012. -Gambar fail/Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Sektor minyak dan gas Johor catat pelaburan RM140 bilion - JPDC
Sebahagian besar daripada pelaburan itu dibuat di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dari 2012.