awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
Lelaki ditahan disyaki mengamuk, cederakan ahli keluarga di Bandar Baru Putra
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor semikonduktor dijangka lembap pada 2023 - MSIA

Bernama
Bernama
17/01/2023
01:30 MYT
Sektor semikonduktor dijangka lembap pada 2023 - MSIA
Wong berkata industri itu diunjur mencatatkan kadar pertumbuhan negatif pada 2023 kerana dijangkakan semikonduktor seluruh dunia sudah berada pada negatif empat peratus. - Foto MIDA
GEORGE TOWN: Sektor semikonduktor Malaysia dijangka mengalami kelembapan tahun ini disebabkan ketidaktentuan geopolitik, inflasi yang tinggi dan kemelesetan ekonomi global.
Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai berkata syarikat yang mengeluarkan produk pengguna seperti iPhone dan komputer peribadi mengalami hasil lebih rendah berikutan permintaan pengguna yang berkurangan.
"Ketidakpastian akibat konflik seperti perang Ukraine-Rusia juga memberi kesan kepada jualan untuk produk pengguna sekali gus mengakibatkan permintaan pengguna yang lebih rendah dalam industri semikonduktor.
Wong berkata industri itu diunjur mencatatkan kadar pertumbuhan negatif pada 2023 kerana dijangkakan semikonduktor seluruh dunia sudah berada pada negatif empat peratus.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat bidang tertentu syarikat syarikat yang terlibat tidak terjejas dan masih kukuh.
"Sesetengah syarikat seperti dalam sektor automotif dan rangkaian mendapat manfaat kerana beberapa produk telah berpindah ke Malaysia dari China.
"Pada 2023, kebanyakan syarikat akan berjimat cermat, ia boleh menjejaskan daya saing mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sektor semikonduktor
#Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia
#MSIA
#Wong Siew Hai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan