KUALA LUMPUR: Selangor mencatatkan peningkatan eksport tertinggi pada November 2021, menyumbang RM6.3 bilion daripada jumlah pertumbuhan eksport negara sebanyak 32.4 peratus kepada RM27.5 bilion pada bulan tersebut, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Johor dan Pulau Pinang menduduki tempat kedua dan ketiga dengan eksport berkembang masing-masing sebanyak RM5.3 bilion dan RM4.4 bilion.
Jumlah dagangan Malaysia pada November 2021 bernilai RM205.5 bilion, meningkat 34.9 peratus tahun ke tahun, dengan nilai eksport RM112.2 bilion (32.4 peratus tahun ke tahun) dan import bernilai RM93.3 bilion (38.0 peratus tahun ke tahun).
Beliau berkata negeri-negeri lain yang turut mencatatkan pertumbuhan eksport termasuk Sarawak (RM3.1 bilion), Kedah (RM2.1 bilion), Sabah (RM1.8 bilion), Pahang (RM1.6 bilion), Kuala Lumpur (RM1.2 bilion), Melaka (RM904.8 juta), Wilayah Persekutuan Labuan (RM692.5 juta), Perak (RM254.0 juta), Negeri Sembilan (RM245.8 juta), dan Perlis (RM11.2 juta).
"Bagaimanapun, eskport menurun di Terengganu (RM346.6 juta) dan Kelantan (RM42.5 juta)," katanya dalam laporan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri bagi November 2021, yang dikeluarkan, hari ini.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata, lima negeri mendominasi eksport Malaysia iaitu Pulau Pinang (28.2 peratus), Johor (20.6 peratus), Selangor (19.0 peratus), Sarawak (7.6 peratus), dan Kedah (4.0 peratus).
Menurutnya, eksport lima negeri ini menyumbang sebanyak 79.4 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada November 2021.
Bagi import mengikut negeri, beliau berkata Pulau Pinang mencatatkan angka import tertinggi dengan peningkatan RM6 bilion, diikuti Johor (RM5.6 bilion), dan Selangor (RM4.7 bilion).
Sementara itu, import Kedah meningkat RM2.7 bilion, Kuala Lumpur (RM2.2 bilion), Negeri Sembilan (RM1.8 bilion), Sarawak (RM749.8 juta), Perak (RM533.7 juta), Pahang (RM305.5 juta), Sabah (RM260.5 juta), Labuan (RM151.6 juta), Terengganu (RM105.1 juta) dan Perlis (RM22.4 juta).
"Bagaimanapun, import menurun di Melaka (RM34.9 juta) dan Kelantan (RM5.7 juta)," katanya.
Selangor kekal sebagai penyumbang utama import dengan 25.6 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (23.3 peratus), Johor (20.3 peratus), Kuala Lumpur (7.5 peratus) dan Kedah (7.1 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Johor dan Pulau Pinang menduduki tempat kedua dan ketiga dengan eksport berkembang masing-masing sebanyak RM5.3 bilion dan RM4.4 bilion. - Gambar fail/DOSM
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
4.32 juta telah kemas kini di PADU
Seramai 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB
Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor tak boleh 'goyang' sindiran JDT
SELANGOR FC tidak boleh 'goyang' dengan sebarang sindiran dan perlu membuktikan mereka sememangnya layak untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
'Tolak jawatan ahli majlis PBT, UMNO tidak tamak' - Zahid Hamidi
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tersebut dibuat untuk bersikap adil kepada UMNO Selangor yang mempunyai 22 bahagian, namun hanya ditawarkan sebanyak 20 jawatan.