Semakan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia seterusnya adalah pada Januari 2018 selepas kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, semakan kos pembekalan elektrik itu dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga di bawah dasar semakan semula ke atas kos bahan api dan kos penjanaan lain (ICPT) pada setiap enam bulan sekali.
"Semakan terkini telah dibuat bagi tempoh Januari hingga Jun 2017.
"Tetapi, pada 30 Jun 2017, kerajaan telah bersetuju membelanjakan sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini," katanya dalam program temubual "Ruang Bicara" terbitan Bernama News Channel pada Rabu.
Turut serta dalam program itu ialah Naib Presiden (Perancangan dan Ekonomi Kawal Selia) TNB, Datuk Roslina Zainal.
Zaini berkata, perbelanjaan sebanyak RM1.303 bilion tersebut diterjemahkan pada kadar 2.54 sen/kWj, di mana 1.52 sen/kWJ digunakan untuk mengekalkan rebat tarif elektrik dan 1.02 sen/kWj digunakan untuk menampung surcaj kenaikan harga bahan api yang terus dibayar kepada penjana kuasa seperti Tenaga Nasional Bhd dan penjana bebas seperti Malakoff Corporation Bhd dan YTL Power Generation Sdn Bhd.
"Ini bermakna kerajaan telah mengadakan pelepasan caj yang sepatutnya dikenakan kepada pengguna. Bagaimanapun kami telah mengambil keputusan untuk mengekalkan rebat ICPT pada kadar 1.52 sen/kWj untuk memastikan pengguna dapat bekalan elekrik pada kadar tarif yang sama," katanya.
Selain itu, Zaini berkata, semakan tentang tarif asas akan datang juga akan dilakukan pada Januari 2018.
"Pada ketika ini, tarif asas yang disemak setiap tiga tahun adalah pada kadar tetap, iaitu 38.53 sen/kWj," katanya.
Tarif asas mengambil kira harga asas bahan api utama seperti gas berpaip, arang batu dan gas asli cecair.
Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan operasi dan pembangunan pihak utiliti, termasuk "Pulangan Ke Atas Aset Dikawal" dan ditetapkan oleh kerajaan untuk tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2014 hingga 31 Dissember 2017.
Penentuan tarif elektrik di Semenanjung dibuat mengikut kerangka Peraturan Berasaskan Insentif yang terdiri daripada dua komponen utama, iaitu ICPT dan tarif asas.
Tarif asas adalah untuk menampung semua kos berkaitan pembekalan elektrik kepada pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017
Penentuan tarif elektrik di Semenanjung dibuat mengikut kerangka Peraturan Berasaskan Insentif yang terdiri daripada dua komponen utama, iaitu ICPT dan tarif asas.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018
Zaini Ujang berkata, semakan kos pembekalan elektrik itu dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga di bawah dasar semakan semula ke atas kos bahan api dan kos penjanaan lain pada setiap enam bulan sekali.