KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd mengumumkan audit kewangan wajib dan kini di bawah Nota Amalan 17 (PN17) iaitu kategori syarikat bermasalah, menurut syarikat yang dirundung isu pengauditan sejak Mei tahun lalu, dalam maklumannya di Bursa Malaysia pada Khamis.
Syarikat telah mencetuskan kriteria yang ditetapkan menurut Perenggan 8.04 dan Perenggan 2.1(d) PN17 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd yang mana juruaudit luarnya, Nexia SSY PLT telah menyatakan penafian pendapat dalam penyata kewangan diaudit bagi 18 bulan tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021 yang diumumkan pada Khamis.
"Oleh itu, pada tarikh hari ini, Serba Dinamik diklasifikasi sebagai syarikat PN17.
"Pada tarikh pengumuman ini, kumpulan sedang mengambil langkah yang perlu untuk menangani status PN17 ini.
"Malah, kumpulan juga sedang dalam proses merangka pelan untuk mengatur keadaan kewangannya dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat mengikut Keperluan Penyenaraian," jelasnya.
Antara keperluan yang harus dipatuhi sebagai syarikat berstatus PN17, ia perlu mengemukakan pelan penyusunan semula kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam tempoh 12 bulan jika pelan tersebut akan memberi hasil yang signifikan kepada hala tuju perniagaan atau dasar syarikat.
Kumpulan juga perlu mengemukakan pelan penyusunan semula kepada SC jika pelan itu tidak memberi hasil yang signifikan dan memerlukan kelulusan Bursa Securities untuk melaksanakan pelan tersebut.
Sekiranya syarikat gagal mematuhi mana-mana keperluan yang ditetapkan, maka Bursa Securities boleh menggantung dagangan sekuriti tersenarai pada hari keenam selepas tarikh notis penggantungan dan menyahsenarai syarikat tertakluk kepada rayuan yang dikemukakannya dalam tempoh 5 hari selepas mendapat notis daripada Bursa Securities.
Sementara itu, dalam makluman berasingan, Serba Dinamik menjelaskan, terdapat perbezaan atau varian lebih daripada 10% bagi keuntungan selepas cukai hampir RM758.38 juta antara Serba Dinamik dan anak-anak syarikat kumpulan seperti dinyatakan dalam keputusan yang disatukan bagi tempoh 18 bulan belum diaudit untuk tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021 (FPE 30 Jun 2021) berbanding kerugian selepas cukai hampir RM185.37 juta dalam penyata kewangan diaudit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021 (AFS 2021).
Perbezaan ini terutamanya disumbangkan oleh pelarasan dalam transaksi yang direkodkan dalam AFS 2021 seperti berikut:
Rosot nilai dagangan yang diterima anak-anak syarikat berjumlah RM395 juta yang belum diperuntukkan semasa FPE 30 Jun 2021 dikeluarkan.
Rosot nilai berkenaan dibuat susulan tempoh yang terhad seperti dinyatakan Nexia dalam pendapat juruauditnya bagi mendapatkan bukti audit yang betul mengenai penghutang dagangan berikutan tempoh masa terhad dan berlaku beberapa kejadian tambahan yang penting.
Disebabkan perkara di atas, kumpulan kemudiannya telah memutuskan untuk menyediakan rosot nilai bagi penghutang perdagangan tersebut dan sekiranya ia dikutip kemudiannya, pembalikan rosot nilai akan dibuat sewajarnya.
Penurunan inventori sebanyak RM552.6 juta disebabkan keadaan semasa di mana ia telah mengakibatkan gangguan dan/atau penamatan beberapa projek yang dijalankan kumpulan, oleh pelanggan-pelanggannya.
Inventori berkenaan tertakluk kepada penilaian kemungkinan pelupusan pada masa hadapan dan sekiranya berlaku, keuntungan daripada langkah tersebut, jika ada, akan direkodkan dalam penyata kewangan diaudit seterusnya.
Serba Dinamik diniagakan kali terakhir pada 35 sen sebelum saham dan warannya digantung pada 22 Oktober lalu, menjadikan nilai pasaran syarikat pada RM1.3 bilion.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Jan 07 2022

Serba Dinamik Holdings Bhd mengumumkan audit kewangan wajib dan kini di bawah Nota Amalan 17 (PN17) iaitu kategori syarikat bermasalah.

Kemuncak Lebaran | Dentuman meriam gergasi karbit halau pontianak
Lain padang lain belalang. Begitu juga dengan sambutan hari raya yang berbeza mengikut tempat. Di Kampung Melayu, Kota Pontianak misalnya, perayaan lebaran di sana mencapai kemuncak pada hari ketujuh. Acara paling dinantikan... Tembakan meriam gerbasi karbit dan acara hiburan Halal Bihalal.

Komoditi | Produk lada Sarawak tembusi pasaran Kanada
Peluang memasarkan produk komoditi dari Sarawak ke pasaran antarabangsa tidak disia-siakan pengasas produk Lada Hitam Nang Ori. Menerusi pameran Halal Expo 2022 di Toronto, Kanada baru-baru ini. Awaeng Kwasin bijak menggunakan platform berkenaan bagi mempromosikan produk ladanya sebagai langkah pertama menembusi pasaran di sana.

Hari Guru 2022 | ISKUL pastikan anak tanpa negara terima pendidikan
Kanak-kanak tanpa warganegara atau stateless memerlukan akses pendidikan yang sewajarnya. Tidak mahu golongan ini terus tercicir Yayasan Hasanah, sebuah Yayasan Khazanah Nasional menganjurkan Program Pendidikan Alternatif Iskul Sama Dilaut (ISKUL) di Pulau Omadal, Semporna.

Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan beluran
2.3 juta ringgit dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman menerusi elaun ini 300 ringgit akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

Lemas | Dua beradik hilang ketika mandi sungai
Aktiviti riadah 14 sekeluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Sungai Rayu, Matang, pada Isnin. Insiden berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orang ramai sedang beriadah sempena cuti Wesak.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

Suami maut, isteri cedera parah kemalangan
Hasrat sepasang suami isteri untuk menunaikan ibadah umrah pada November ini, tidak kesampaian selepas terlibat dalam nahas motosikal.

Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.

Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba
Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Untung bersih MR DIY susut kepada RM100.5 juta akibat tekanan kos
Penurunan itu terutamanya disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi apabila lebih banyak cawangan dibuka pada suku berkenaan.

Tindakan kompaun Serba Dinamik, 4 pengurusan tertinggi sesuai, wajar - Peguam Negara
Keputusan mengkompaun kesalahan SDHB adalah merupakan satu bentuk hukuman yang memadai untuk kesalahan yang dikatakan telah berlaku setelah mengambil kira hal keadaan kes terbabit.

Mahkamah lepas, bebaskan Serba Dinamik, pengurusan tertinggi
Serba Dinamik Holdings Berhad, pengurusan tertingginya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Gas Malaysia catat untung, hasil lebih tinggi pada suku pertama
Gas Malaysia turut mengumumkan dividen akhir sebanyak 6.87 sen sesaham berjumlah lebih RM88 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021, akan dibayar pada 27 Julai, 2022.

Bursa Malaysia ditutup 16 Mei, ganti cuti Hari Wesak
Bursa Malaysia ditutup 16 Mei, ganti cuti Hari Wesak | Dagang News

Saham Serba Dinamik menjunam lagi, jatuh lebih 40 peratus
Tekanan jualan ke atas Serba Dinamik Holdings Bhd berterusan pada Selasa (10 Mei), dengan harga sahamnya jatuh sebanyak 4.5 sen atau 40.91 peratus kepada 6.5 sen.

Kembali diniagakan selepas hampir 7 bulan digantung Bursa Malaysia, saham Serba Dinamik merudum 60 peratus
Saham Serba Dinamik kali terakhir didagangkan pada 35 sen ketika kaunter digantung pada tengah hari 22 Oktober 2021.

Serba Dinamik akan kemuka pelan regularisasi dalam tempoh 8 bulan
Serba Dinamik Holdings Bhd sedang mengkaji untuk merangka pelan bagi melaraskan keadaan kewangannya dan ia perlu mengemukakannya dalam tempoh lapan bulan.

Saham Serba Dinamik diniagakan kembali pada 9 Mei
Penggantungan dalam urus niaga saham-saham Serba Dinamik Holdings Bhd akan ditarik balik mulai 9 pagi pada 9 Mei depan.

Sapura Energy lantik Mohammad Azlan sebagai pengerusi
Sapura Energy Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi berkuat kuasa 7 Mei, 2022.