awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
28 kenderaan terlibat nahas di lebuh raya Jerman akibat tayar lori pecah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serba Dinamik yakin kembali ke landasan dua tahun lagi

Bernama
Bernama
31/01/2022
20:45 MYT
Serba Dinamik yakin kembali ke landasan dua tahun lagi
Serba Dinamik Holdings Bhd optimis untuk kembali ke landasan yang tepat dalam tempoh dua tahun akan datang.
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd optimis untuk kembali ke landasan yang tepat dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan beberapa operasi menunjukkan peningkatan tahun ke tahun yang positif, terutamanya segmen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pendidikan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Abdul Karim Abdullah berkata walaupun berdepan tahun yang sukar dan mencabar akibat pandemik COVID-19, kumpulan itu berjaya mencapai prestasi munasabah yang boleh diterima bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kumpulan itu yang dibuat secara maya pada Isnin.
Semasa AGM, Abdul Karim turut menjawab soalan daripada Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) mengenai rosot nilai yang tinggi pada perdagangan belum terima.
"Kumpulan itu terpaksa bertindak 'dengan sangat tegas' untuk mengurangkan perdagangan belum terima berikutan kekangan masa dan sekatan perjalanan di negara-negara tertentu yang mana kumpulan itu beroperasi," katanya.
Perkembangan terkini yang signifikan ialah keputusan kumpulan untuk menyerahkan pelan penstrukturan semulanya, termasuk isu yang berkaitan dengan penstrukturan semula hutang dan kekal berdaya saing dalam iklim perniagaan semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Serba Dinamik
#teknologi maklumat dan komunikasi
#ICT
#Dr Abdul Karim Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan