awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shell Malaysia nafi spekulasi tutup operasi di Sarawak

Bernama
Bernama
23/02/2013
06:53 MYT
Shell Malaysia nafi spekulasi tutup operasi di Sarawak
Shell Malaysia menafikan spekulasi bahawa syarikat bercadang untuk menutup operasi di Sarawak tetapi mengesahkan bahawa perumahan kakitangan di Kem Piasau akan ditutup menjelang September tahun ini.
Kem Piasau wujud sejak tahun 50-an.
Pengerusi Shell Malaysia Iain Lo berkata Miri akan terus menjadi ibu pejabat Shell bagi operasi huluan dan untuk membuktikan komitmen jangka panjangnya, syarikat merancang untuk menambah baik pejabat di Lutong, di sini, untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.
"Kami mengembangkan perniagaan kami di Sarawak. Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dengan Petronas pada tahun lepas sahaja, kami telah menandatangani tujuh perjanjian.
"Lima blok eksplorasi dan selebihnya untuk tujuan lanjutan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Shell Malaysia Exploration and Production di sini hari ini.
"Saya sendiri akan berpindah ke Miri," katanya, sambil menambah, walaupun Kem Piasau akan ditutup, Shell Malaysia tidak akan melepaskan tanah itu, kecuali bagi lot tepi sungai.
Beliau berkata beberapa kakitangan Shell yang berpangkalan di sini akan dipindahkan ke Sabah sebagai sebahagian rancangan syarikat itu untuk menyokong pertumbuhan industri minyak di sana.
Topic Berkaitan
#Iain Lo
#Kem Piasau
#Kontrak Perkongsian Pengeluaran
#operasi
#Sarawak
#shell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan