awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sime Darby Plantation yakin bersihkan nama daripada tuduhan penggunaan buruh paksa

Dagang News
Dagang News
29/01/2022
01:48 MYT
Sime Darby Plantation yakin bersihkan nama daripada tuduhan penggunaan buruh paksa
SDP yakin hasil siasatan perunding bebas terhadap dakwaan USCBP mengenai penggunaan buruh paksa dapat dibersihkan tidak lama lagi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Berhad (SDP) yakin bahawa hasil siasatan perunding bebas terhadap dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (USCBP) mengenai penggunaan buruh paksa dapat dibersihkan tidak lama lagi.
Pengarah Urusan Kumpulan SDP, Mohamad Helmy Othman Basha berkata, kajian mendalam yang dilaksanakan di lapangan akan menghasilkan laporan yang telus oleh perunding bebas akan mencerminkan urus tadbir baik serta sistem pengurusan mereka yang memberi keutamaan kepada kebajikan pekerja.
Beliau tanpa berselindung kecewa dengan USCBP kerana mengeluarkan kenyataan lebih awal berbanding hasil dapatan yang dilakukan perunding bebas terhadap tuduhan itu.
"Selepas Pengeluaran Perintah Sekatan (WRO) dikeluarkan pada 16 Disember 2020, Sime Darby Plantation Berhad memberikan kerjasama sepenuhnya kepada USCBP.
"Sebagai jawapan kepada tuduhan yang dibuat (16 Disember 2020), syarikat telah melantik perunding perdagangan bebas untuk melaksanakan penilaian pada skala penuh dan bebas bagi menyiasat kemudahan kami di seluruh Malaysia.
"Bagaimanapun, kerja-kerja itu tertangguh akibat sekatan pergerakan yang diperkenalkan kerajaan untuk menawal penularan COVID-19 tetapi sekarang siasatan itu hampir siap.
"Kami juga akan sentiasa memberi kerjasama kepada USCBP dan sentiasa mematuhi peraturan import Amerika Syarikat (AS) ," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Sebelum ini, USCBP mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan SDP dan anak syarikatnya kerana mempunyai 11 tanda buruh paksa yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa.
USCBP pada masa sama memaklumkan pegawainya di semua pelabuhan masuk AS untuk menahan minyak sawit dan sebarang produk yang mengandungi minyak sawit yang dihasilkan oleh Sime Darby dan entiti berkaitan di Malaysia. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Sime Darby
#SDP
#Mohamad Helmy Othman Basha
#dakwaan penggunaan buruh paksa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan