Singer (M) Sdn Bhd menyasar untuk mencatatkan jualan sebanyak RM500 juta tahun ini, kata Pengarah Urusannya Yeap Dein Wah.
"Kami akan melancarkan 50 produk baru tahun ini untuk mencapai sasaran berkenan," kata beliau pada pemberita di sini selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan Karnival Digital syarikat yang diadakan di melalui Facebook.
Syarikat berkenaan yang berada di Malaysia selama 107 tahun, mencatatkan jualan sebanyak RM450 juta tahun lepas.
Yeap berkata mesin jahit Singer, yang menguasai 50 peratus bahagian pasaran mesin jahit tempatan, merupakan penyumbang utama kepada jualan syarikat diikuti dengan barangan elektrik dan motosikal.
Beliau berkata syarikat juga menyasar untuk meningkatkan bahagian pasaran motosikalnya yang kini hanya menguasai lima peratus pasaran.
Sementara itu mengenai peraduan digital Singer yang diadakan mulai 8 Okt hingga 31 Dis tahun lepas, ia bukan sahaja memperkenalkan laman web syarikat yang baru kepada pengguna dalam talian tetapi juga mengukuhkan kehadiran jenama di platform media sosial serta menarik generasi muda.
Dalam peraduan berkenaan, tujuh pemenang dipilih setiap minggu. Hadiah-hadiah termasuk produk digital terkini, hamper Starbucks fpakej percutian.
Bernama
Fri Jan 25 2013
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Singer sasar jualan RM500 juta tahun ini
Syarikat berkenaan yang berada di Malaysia selama 107 tahun, mencatatkan jualan sebanyak RM450 juta tahun lepas.