awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam turut sumbang kepada sektor pelancongan, ekonomi setempat - Kon Yeow
Ziarah MADANI sempena Tahun Baharu Cina perkukuh keprihatinan kerajaan
Sifat organik tanah gambut jadi cabaran dalam operasi pemadaman kebakaran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SME Bank gerakkan bantuan banjir untuk sokong PMKS terjejas

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2025
03:31 MYT
SME Bank gerakkan bantuan banjir untuk sokong PMKS terjejas
Inisiatif bantuan banjir SME Bank membantu PMKS bangkit semula dan mengukuhkan daya tahan perniagaan. - Foto SME Bank
KUALA LUMPUR: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank), anak syarikat Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), telah melancarkan inisiatif bantuan banjir bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini di seluruh negara.
Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain, berkata peranan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) seperti SME Bank bukan sekadar menyediakan pembiayaan, malah turut merangkumi sokongan langsung kepada usahawan dalam situasi krisis.
“Sebagai DFI, tanggungjawab kami melangkaui aspek pembiayaan. Kami komited menyediakan sokongan bersasar kepada usahawan yang memerlukan, terutamanya ketika berdepan bencana.
"Inisiatif ini dirangka sebagai langkah awal untuk meringankan beban mereka, menyokong proses pemulihan dan memperkukuh daya tahan terhadap risiko iklim pada masa depan,” katanya.
Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun lalu, SME Bank telah membantu hampir 500 pelanggan yang terjejas akibat banjir, melibatkan jumlah baki pembiayaan tertunggak sebanyak RM550 juta, satu bukti komitmen berterusan bank itu dalam mendampingi usahawan ketika waktu sukar.
Sebagai tambahan, SME Bank turut menawarkan pembiayaan melalui Kemudahan Bantuan dan Adaptasi (RAFt) yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.
Kemudahan ini menyediakan pembiayaan sehingga RM1 juta dengan kadar keuntungan serendah 3 hingga 3.5 peratus setahun, serta tempoh bayaran balik sehingga tujuh tahun.
Langkah ini bertujuan mengurangkan tekanan aliran tunai dan membantu PMKS membina ketahanan jangka panjang terhadap risiko banjir dan perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#PMKS
#perniagaan
#banjir
#kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan