awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SSM naikkan nilai ambang keterhutangan kepada RM50,000 secara kekal

Hilmi Malik
Hilmi Malik
07/04/2021
09:13 MYT
SSM naikkan nilai ambang keterhutangan kepada RM50,000 secara kekal
Langkah itu dibuat berikutan keadaan ekonomi global yang terkesan akibat pandemik COVID-19 kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan bahawa nilai ambang keterhutangan bagi syarikat daripada RM10,000 kepada RM50,000 akan diteruskan berkuat kuasa 1 April lalu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu dibuat berikutan keadaan ekonomi global yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
“Sebelum ini inisiatif ini adalah Langkah sementara bermula 23 April 2020 sehingga 31 Mac 2021 bagi memberikan perlindungan kepada syarikat dengan nilai ambang keterhutangan yang lebih tinggi daripada nilai sedia ada iaitu RM10,000 agar risiko syarikat dikenakan tindakan penggulungan dapat dikurangkan,” katanya ketika membentangkan Laporan Laksana ke-48 Pelaksanaan Inisiatif pada Rabu.
Menurut Tengku Zafrul, kesan pelaksanaan inisiatif berkenaan menyaksikan hanya 665 petisyen penggulungan diserah simpan kepada SSM bagi tempoh April hingga Disember lepas berbanding dengan 1,760 pada 2019 dan 1533 tahun sebelumnya.
Kenaikan nilai ambang keterhutangan syarikat ini dijangka akan terus dapat mengurangkan jumlah petisyen penggulungan dan syarikat mampu meneruskan urusan perniagaan.
Topic Berkaitan
#pandemik
#COVID-19
#ekonomi
#SSM
#Menteri Kewangan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#LAKSANA
#Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan