MENGIKUT laporan terbaharu, salah satu firma dan syarikat memfokuskan pembangunan model kecerdasan buatan, iaitu Stability AI, telah terlibat dalam perbincangan untuk menjual syarikat baru-baru ini.

Buat masa ini, pihak Stability AI tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan laporan terbaharu ini.

Stability AI telah menghasilkan beberapa model kecerdasan buatan, termasuk untuk menjana gambar, menjana video dan juga audio.

Beberapa model turut ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka, dan untuk tujuan kajian.

Salah satu produk yang dihasilkan dan popular digunakan adalah Stable Diffusion, yang menawarkan kemudahan penghasilan gambar daripada input berasaskan teks.


Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan membeli firma ini. -Amanz