awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh

Bernama
Bernama
14/06/2024
07:00 MYT
Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh
Tertuduh didakwa membunuh A. Kirshashini, 28, di dalam bilik tidur di sebuah pangsapuri di Jalan Palma, Bandar Botanik di Kajang. - Foto Bernama
KLANG: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan, minggu lepas.
S. Suria Raj, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa membunuh A. Kirshashini, 28, di dalam bilik tidur di sebuah pangsapuri di Jalan Palma, Bandar Botanik di sini antara 6.30 hingga 7 pagi pada 7 Jun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Siti Zubaidah Mahat menetapkan 3 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan kesihatan mental.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#kelar isteri
#kes bunuh
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan