Stok minyak sawit turun 5.23 peratus kepada 2.44 juta tan metrik pada Februari tahun ini berbanding 2.58 juta tan metrik pada Januari, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini.
Katanya stok minyak sawit mentah (MSM) turun 10.11 peratus kepada 1.40 juta tan metrik pada bulan lepas tetapi minyak sawit diproses meningkat 2.26 peratus kepada 1.04 juta tan metrik.
Stok isi rong sawit turun 4.40 peratus kepada 154,220 tan metrik pada Februari manakala stok minyak isi rong sawit mentah turun 3.42 peratus kepada 286,236 tan metrik, katanya dalam satu kenyataan.
Menurut MPOB, pengeluaran MSM pada Februari turun 19.15 peratus kepada 1.29 juta tan metrik berbanding 1.602 juta tan metrik pada bulan sebelum itu.
Pengeluaran isi rong sawit pada bulan lepas turun kepada 336,647 tan metrik berbanding 413,198 tan metrik pada Januari manakala pengeluaran minyak isi rong sawit mentah turun kepada 161,188 tan metrik berbanding 199,807 tan metrik pada Januari.
Pengeluaran dedak isi rong sawit turun 19.02 peratus kepada 178,874 tan metrik berbanding 220,897 tan metrik sebelum ini.
MPOB berkata eksport minyak sawit pada Februari turun 13.98 peratus kepada 1.39 juta tan metrik berbanding 1.62 juta tan metrik pada Januari tahun ini.
Katanya import MSM pada Februari meningkat sedikit kepada 55,410 tan metrik berbanding 54,781 tan metrik sebelum ini manakala pengimportan minyak sawit diproses turun 21.01 peratus kepada 38,731 tan metrik berbanding 49,035 tan metrik pada Januari.
Purata harga tandan buah segar setan metrik meningkat 10 peratus kepada RM24.54 setan metrik pada Februari berbanding RM22.31 pada Januari, katanya.
Bernama
Mon Mar 11 2013
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Guna helikopter tangani ancaman ulat bungkus
Inisiatif kawalan juga pernah menggunakan kapal terbang semburan pertanian bermula 2009.
Stok minyak sawit Malaysia susut 10.54 peratus pada April
Jumlah stok minyak sawit Malaysia susut 10.54 peratus kepada 1.50 juta tan pada Mac berbanding 1.67 juta tan yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan - KPDN
Kuota 60,000 tan metrik minyak masak subsidi adalah kekal setakat ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
MPOB: Minyak sawit dan produk sawit Malaysia bebas dari penebangan hutan
Malaysia komited keluarkan minyak sawit mengikut prinsip dan kriteria mampan di bawah MSPO yang telah dilaksanakan secara mandatori mulai 1 Januari 2020.
Harga minyak sawit global turun, agensi berkaitan diarah kaji mekanisme harga runcit
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mengarahkan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengkaji mekanisme bagi menurunkan harga runcit minyak masak di pasaran, susulan penurunan harga minyak sawit global.
Kuota minyak masak bersubsidi mencukupi - Wee
Kuota minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan sebanyak 55,000 tan metrik sebulan atau 660,000 tan metrik setahun mencukupi setakat ini.
Pengilang sawit henti operasi, MPOB keluar surat peringatan
Pengilang yang terlibat juga bakal berdepan dengan penggantungan lesen sekiranya terbukti melakukan perbuatan itu.
Malaysia raih tiga pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Asia Tenggara dan Selatan
Keseluruhan 27 pemenang daripada 276 organisasi diumumkan di Forum Inovasi untuk wilayah tersebut pada 21 September.