awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsektor di negeri Fasa 2 PPN boleh beroperasi tanpa capai 50 peratus dewasa lengkap vaksin

Bernama
Bernama
18/08/2021
05:18 MYT
Subsektor di negeri Fasa 2 PPN boleh beroperasi tanpa capai 50 peratus dewasa lengkap vaksin
Pemain industri dan pemilik premis boleh beroperasi tanpa perlu menunggu kelulusan daripada KPDNHEP. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Semua subsektor perdagangan dan pengedaran di negeri-negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi semula walaupun belum mencapai tahap imunisasi lengkap 50 peratus populasi dewasa.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan hari ini berkata negeri terbabit adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.
"Pemain industri dan pemilik premis boleh beroperasi tanpa perlu menunggu kelulusan daripada KPDNHEP. Semua bukti permohonan melalui CIMS (Centralised Information Management System) hendaklah disimpan untuk dijadikan bukti apabila diperlukan," menurut kenyataan itu.
Pemilik premis perlu membuat permohonan kebenaran beroperasi melalui sistem Centralised Information Management System (CIMS) di pautan https://notification.miti.gov.my/login.
Pada Ahad lepas, kerajaan membenarkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi berkuat kuasa 16 Ogos (Isnin).
Antara aktiviti ekonomi berkenaan adalah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barangan terpakai; kedai bunga dan nurseri; kedai kraftangan dan cenderahati; kedai antik; kedai alat permainan; kedai permaidani serta kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif.
Menurut KPDNHEP, semua syarikat terbabit tidak perlu mengemukakan maklumat pekerja yang telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.
KPDNHEP menegaskan pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi membuktikan individu berkenaan telah menerima vaksinasi lengkap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#COVID-19
#ekonomi
#MITI
#Fasa 2
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan