awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sufri Mohd Zin dilantik Presiden baharu MBAM

Bernama
Bernama
30/12/2020
03:25 MYT
Sufri Mohd Zin dilantik Presiden baharu MBAM
Sufri telah menyandang pelbagai jawatan dalam MBAM sejak 2004 selain menjadi anggota Majlis MBAM yang aktif. - Foto MBAM
KUALA LUMPUR:Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) telah melantik Tan Sri Sufri Mohd Zin sebagai presiden baharu bagi penggal 2020-2022 berkuat kuasa Selasa menggantikan Foo Chek Lee.
Dalam satu kenyataan hari ini, MBAM berkata barisan anggota baharu persatuan bagi penggal itu telah dilantik semalam susulan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-66 pada 20 Dis, 2020.
Sufri yang juga Pengarah Urusan Kumpulan TRC Synergy Bhd, membawa bersama pengalaman dan kepakaran luas dalam industri pembinaan Malaysia berserta 35 tahun pengalaman kerja, terutamanya industri pembinaan dan sivil.
Beliau juga telah menyandang pelbagai jawatan dalam MBAM sejak 2004 selain menjadi anggota Majlis MBAM yang aktif.
"Saya berharap barisan baharu ini akan terus bekerjasama untuk memajukan persatuan dengan satu suara dan minda," kata Sufri.
Ditubuhkan pada 1954, MBAM menyaksikan bilangan ahli langsung dan tidak langsungnya berkembang ketara sehingga mencecah 17,000 yang merangkumi syarikat, persatuan gabungan dan syarikat industri bersekutu dalam industri pembinaan.
MBAM yang berpejabat di Kuala Lumpur, diuruskan oleh ahli majlis yang dipilih selain disokong sekretariat dan diketuai oleh seorang pengarah eksekutif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden
#MBAM
#kontraktor binaan
#Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia
#Sufri Mohd Zin
#pelantikan
#Foo Chek Lee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan