KUALA LUMPUR: Baru sahaja diterbitkan Ogos lepas, Sukuk Kelestarian SME Bank mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat dua pengiktirafan antarabangsa di ‘15th Annual Deal and Solution Award 2021’.
Sukuk tersebut menerima Anugerah Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Hijau Asean Terbaik dan Anugerah Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Terbaik.
Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, pengiktirafan di peringkat antarabangsa itu menunjukkan usaha diambil SME Bank untuk menerbitkan Sukuk Kelestariannya diperakui malah mencapai standard peringkat dunia.
“Ini adalah satu pencapaian yang perlu dibanggakan dan ia juga membuktikan bahawa permintaan terhadap Sukuk Kelestarian mula meningkat dalam industri pasaran modal negara.
“SME Bank akan menggunakan terbitan Sukuk Kelestarian ini bagi menawarkan kemudahan pembiayaan yang berinovatif untuk PKS, bagi projek-projek berteraskan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
“Projek-projek itu dijangka memberi impak positif kepada masyarakat dan persekitaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, penerbitan sukuk itu akan digunakan untuk membiayai projek yang terangkum di bawah 11 daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG PBB).
“Penerbitan Sukuk Kelestarian sulung bernilai RM500 juta di bawah program keseluruhan bernilai RM3.0 bilion ini juga dilihat akan menyokong pelaksanaan fokus ke-3 Bajet 2022.
“Ia melibatkan Ekonomi yang Makmur dan Mampan serta RMK-12 untuk mengukuhkan Agenda Kelestarian negara,” ujarnya.
Astro Awani
Tue Jan 11 2022

Baru sahaja diterbitkan Ogos lepas, Sukuk Kelestarian SME Bank mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat dua pengiktirafan antarabangsa di 15th Annual Deal and Solution Award 2021.

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SME Bank tambah baik agenda ESG dalam operasi perniagaan
Penambahbaikan itu juga disumbang kejayaan bank tersebut menerbitkan Sukuk Kelestarian pertama bernilai RM500 juta pada tahun lepas.

Dasar Monetari BNM pastikan pertumbuhan mampan ekonomi negara - SME Bank
BNM memberi tumpuan untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

SME Bank tingkat faedah kakitangan bukan eksekutif
Penambahbaikan yang dimasukkan di dalam CA termasuk kenaikan gaji pokok, semakan semula faedah perubatan dan kemasukan ke hospital.

SME Bank sasar peningkatan jualan eksport RM23 juta bagi peserta BEP
Setakat ini 73 buah syarikat tempatan telah menyertai program tersebut dan mencatat peningkatan hasil eksport sebanyak RM141.4 juta.

Pascabanjir: SME Bank beri penangguhan bayaran enam bulan kepada 59 usahawan PKS
Tempoh tamat penangguhan bayaran untuk kesemua 59 usahawan PKS yang layak itu adalah pada September ini.

Sukuk Kelestarian SME Bank terima dua pengiktirafan antarabangsa
Sukuk tersebut menerima Anugerah Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Hijau Asean Terbaik dan Anugerah Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Terbaik.

SME Bank lancar Pelan Antirasuah Organisasi
SME Bank akan mengambil tindakan menyeluruh dalam membangunkan sistem pengurusan antirasuah untuk menjadi sebuah organisasi yang bebas rasuah, berintegriti dan membudayakan tadbir urus yang baik.

MEDAC pertimbang selaras tempoh tamat moratorium
MEDAC sedang mempertimbangkan untuk menyelaras tempoh tamat moratorium bagi semua agensi pembiaya di bawah kementerian itu.

SME Bank bantu perkasa ekonomi PKS di Sabah
Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara SME Bank dan Sabah Development Bank Berhad (SDB) merangkumi pelbagai pakej pembiayaan dan program pembangunan usahawan bernilai RM150 juta.

XCESS 2021: Platform PKS luaskan perniagaan era pandemik
Ia membantu dan memberi peluang kepada usahawan mendapatkan bantuan dalam bentuk perkhidmatan kewangan termasuk keperluan perniagaan lain yang berkaitan.