awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sulaiman Mahbob dilantik Pengerusi MIDA berkuat kuasa 3 Sept

Bernama
Bernama
05/09/2022
10:04 MYT
Sulaiman Mahbob dilantik Pengerusi MIDA berkuat kuasa 3 Sept
Tan Sri Sulaiman Mahbob dilantik sebagai Pengerusi MIDA berkuat kuasa 3 September lalu. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Sulaiman Mahbob sebagai pengerusi berkuat kuasa 3 Sept, 2022.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, MIDA memainkan peranan yang penting dan memerlukan pendekatan yang kreatif, inovatif dan komprehensif serta perlu berdaya saing dan berdaya tahan bagi menarik pelaburan yang berkualiti dan berteknologi tinggi ke Malaysia.
"Pelantikan Sulaiman sememangnya akan memberikan perspektif baharu untuk menjadikan MIDA yang dinamik dan berkepakaran. Pengalaman luas beliau amat bernilai terutamanya dalam bidang perancangan ekonomi, model perniagaan yang strategik, dan analisis trend global," kata MIDA dalam kenyataan hari ini.
Ini adalah kali kedua Sulaiman dilantik sebagai pengerusi.
Pelantikan pertama beliau pada 2009 hingga 2012.
Sulaiman telah bertugas dengan cemerlang dalam perkhidmatan awam, pernah berkhidmat di pelbagai kementerian dan jabatan.
Beliau kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pemulihan Negara, ahli lembaga pengarah di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Beliau juga merupakan Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, dan ahli lembaga Perbadanan Insurance Deposit Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Sulaiman berkelulusan ijazah ekonomi di Universiti Malaya dan memiliki PhD di Maxwell School, Syracuse University, Amerika Syarikat.
"Beliau adalah peneraju pemikir dalam bidang dasar ekonomi, pembangunan dan kewangan awam serta dalam pelbagai subjek yang luas, Sulaiman selalu mengutarakan pandangannya melalui artikel dan kuliah di dalam dan luar negara," tambah MIDA lagi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sulaiman mahbob
#Pengerusi MIDA
#Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
#Azmin Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan