awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susah dapat kerja? Ini 10 dapatan tinjauan Robert Walters

Najib Aroff
Najib Aroff
28/01/2021
04:55 MYT
Susah dapat kerja? Ini 10 dapatan tinjauan Robert Walters
Pengambilan pekerja akan diteliti dengan ketat, dan banyak organisasi memilih untuk melantik pekerja dalaman bagi jawatan kosong sebagai langkah pengurusan kos. - Gambar hiasan
Kuala Lumpur:Ramai yang berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan susulan penularan pandemik COVID-19.
Kajian firma pekerjaan, Robert Walters mendapati separuh daripada majikan yang di Malaysia membekukan pengambilan pekerjan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Berikut 10 dapatan Tinjauan Gaji Robert Walters;
1. Tinjauan mengambil kira penempatan kerja dan pandangan dari sekumpulan konsultan Robert Walters merentasi 31 pasaran global. Ia melibatkan perspektif 650 pekerja di Malaysia dalam pelbagai peringkat dan industri serta 180 pelanggan agensi itu.
2. Separuh responden merancang untuk melaksanakan pembekuan pengambilan pekerja bagi 2021.
3. Pengambilan pekerja akan diteliti dengan ketat dan banyak organisasi memilih untuk melantik pekerja dalaman bagi jawatan kosong sebagai langkah pengurusan kos
4. Imbuhan untuk pencari kerja dijangka menurun kepada 12 hingga 15 peratus atau lebih rendah disebabkan syarikat mahu menguruskan aliran tunai dan jumlah pekerja mereka.
5. Sebahagian besar majikan yang dikaji merancang untuk melatih dan meningkatkan kepakaran tenaga kerja mereka.
6. Majikan juga mahu meningkatkan pelaburan dalam teknologi, aplikasi dan kelengkapan tahun ini. Ia tanda proses pembangunan kapasiti pekerja dan tempat kerja sedang berlaku.
7. Sektor seperti perkhidmatan asas, teknologi, penjagaan kesihatan, insurans, risiko dan pematuhan serta tenaga diperbaharui mempunyai sedikit sinar dalam aspek pengambilan pekerja.
8. Jawatan bahagian jualan dan perkhidmatan dijangka menyaksikan pemulihan, terutama tugas berkaitan e-dagang, pemasaran digital. Ini kerana syarikat mahu mengukuhkan aliran pendapatan mereka.
9. Sektor perakaunan dan kewangan, perbankan dan perkhidmatan kewangan, kejuruteraan, sumber manusa, perundangan dan rantaian bekalan dijangka kekal konservatif.
10. Majikan mahu calon yang berpengetahuan luas termasuk pemahanan mendalam tentang interaksi ruang digital dalam industri mereka.
BACA: Lebih ramai majikan beku pengambilan pekerja pada 2021
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#COVID-19
#pekerjaan
#Robert Walters
#pengangguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan